Bab 18

2.2K 222 20
                                    

"Ap.. Apa? Bride? Ayana? Your bride?" tergagap-gagap Fahrin saat menitipkan soalan itu. Aku sudah menggaru-garu leher apabila Fahrin menoleh ke arah aku.

Aduh, nak cakap apa ni?

"Tell him, darling. You are my bride" suara maskulin Arryan kembali bergema di sebelah. Aku mengangkat wajah. Melihat reaksi kecewa Fahrin.

Nak tipu ke tak nak? Ala, kasihan pula kita tengok Fahrin tu. Tapi aku tak nak dia berharap lagi. Aduhai..

"Yes"

"Hah?!" terbangkit Fahrin sejurus selepas perkataan keramat itu terluah dari mulut aku. Aku pula hanya menunduk sambil mengganggukkan kepala.

Beberapa saat kemudian, telinga sempat menangkap bunyi kerusi ditolak sebelum bunyi kaki dihentak-hentak yang semakin menjauh.

Alahai, dia merajuk ke?

Tapi baguslah. Mungkin dia tidak akan mengganggu aku lagi. Fiuh.

Aku membuang pandang ke arah tiga orang jejaka di sisi. Nampaknya kehadiran mereka di kafe ini sudah menarik perhatian orang ramai. Ini lagi satu masalah.

Wajah tiga orang lelaki itu dipandang satu per satu. Penuh teliti. Bermula dari Lucas, Arryan dan berakhir pada Hilman. Sampai sahaja di wajah Hilman, aku berkerut seribu.

"Kau buat apa pulak dekat sini?" soalku.

"Aku nak jumpa kau. Nak report maklumat yang baru diterima" lagilah berkerut aku mendengar jawapan Hilman.

"Pasal?" Hilman pandang sekeliling sebelum membuat isyarat bahawa tempat ini tidak selamat untuk diberitahu maklumat yang baru diterima itu. Oh, okay.

Aku mengangkat tubuh. Mata menjeling sedikit ke arah Arryan yang sedari tadi tenung aku macam nak ditelan. Sejenak, aku teringat kata-katanya.

She is my bride.

Gila! Aku pengantin perempuan dia? Dalam mimpi pun aku tak naklah! "We need to talk" arah aku kepadanya.

"Okay.."

"But not now. Saya busy ni" aku membuntuti langkah Hilman yang sudah menjauh. Meninggalkan Lucas dan Arryan di meja makan aku tadi.

Hilman membawa aku ke tempat parking kereta. Jauh betul dia bawa aku. Memang betul-betul hal mustahak ni.

"Hah apa?"

"Kita dah jumpa markas Kelam"

"Dah buat serbuan?"

"Budak-budak dah buat serbuan. Tak semua konco-konco Kelam berjaya ditangkap. Anggaran ahli-ahli Red Eye mungkin dalam 5000 orang. Tapi yang sudah diberkas dalam 3000 lebih je" ulas Hilman panjang lebar.

"Kelam?"

Hilman mengeluh berat. "Itulah masalahnya sekarang. Kelam. Tak ada di tempat kejadian. Dia dan anjing-anjing dia yang lain berjaya melarikan diri. Atau mungkin, diorang sudah tahu kita akan buat serbuan hari ini."

"Jadi kau nak cakap, diorang sudah maklum dengan serbuan kita sebab tu diorang tak ada dalam markas tu?"

Hilman mengganggukkan kepala sekilas. "Ya, cuma aku tak sure macam mana diorang tahu. Sebab bila kita orang sampai saja dekat markas, budak-budak dalam tu tak melawan langsung. Macam telah diarah untuk berdiam diri. Kau tahu kan? Serah diri.."

Berkerut keningku mendengar ulasan panjang Hilman itu.

"Tapi aku rasa, diorang ada markas lain." sambung Hilman lagi.

Deep In My HeartWhere stories live. Discover now