Bab 64

2.2K 224 129
                                    

Masuk hari ini hampir sebulan aku menjadi isteri kepada Arryan Alexander. Dan dalam sebulan ini juga dapat aku simpulkan bahawa...

Aku bahagia. Sangat.

Setiap kali pergi kerja, Arryan hantar. Balik kerja pun, Arryan ambil. Aku dah halang dia buat begitu sebab aku tahu dia ada banyak lagi kerja nak dibuat. Tetapi, ada Arryan peduli?

Lagipun dia buat begitu untuk memastikan aku berada dalam keadaan selamat. Kadang-kadang sifat protective Arryan ni memang tak dapat dikekang. Makin lama berkahwin, makin teruk protective nya.

Tak apalah. Aku suka aje! Hehehe..

Sepanjang tempoh sebulan ini, kami berdua okey aje. Maksud okey tu, tak ada apa-apa ancaman buat masa ini. Semuanya dalam keadaan terkawal. Kami masih mampu hidup seperti sepasang suami isteri yang normal.

Walaupun aku bahagia dalam perkahwinan ini tetapi aku dapat rasa ada benda tak kena. Aku rasa macam.. akan ada sesuatu benda buruk menimpa kami. Tak sedap hati? Ya, aku sangat-sangat tak sedap hati dalam tempoh sebulan ini.

Mungkinkah musuh-musuh Arryan hanya memberi peluang untuk kami bersama dan selepas itu mereka akan mengucar-kacirkan rumah tangga kami? Dengan pertumpahan darah?

Oh, tidak! Aku tidak mahu benda itu berlaku. Lagi-lagi melibatkan nyawa Arryan! Aku sangat-sangat tidak sanggup melihat tubuh Arryan dipenuhi luka lagi.

Bercakap pasal itu, Arryan juga sudah tidak diserang lagi. Aneh! Adakah musuh-musuhnya sudah tahu identiti sebenar Arryan dan pewaris sebenar? Iaitu Tengku Adryan Alexander?

Ya, itulah nama pewaris sebenar. Abang kepada Arryan. Atau lebih tepat lagi, abang susuan Arryan. Arryan mempunyai lima orang adik-beradik. Dia anak ketiga.

Ada abang sulung, kakak kedua iaitu Tengku Umaira Alexander. Dan di bawahnya ada kembar tak seiras gilaan ramai. Tengku Uqaira Alexander dan Tengku Aqryan Alexander.

Kau orang mesti nak tahu nama sebenar Arryan kan? Yang tahu rahsia besar dia hanyalah ahli keluarga dia dan ahli keluarga aku. Juga orang-orang pejabat agama. Yalah, kami kan nak bernikah hari tu kenalah jujur.

Arryan Luthfi bin Ebrahim.

Haaa, tu dia! Sedap kan? Kan? Kan? Bangga aku dengan nama laki sendiri. Sejuk hempedu dengar!

Ketika Abang Ayden sebut nama dia semasa kami diijab kabulkan, memang cukup sabdu qalqalah abang aku bagi. Lagi lah syahdu aku dengar nama sebenar Arryan disebut ketika akad nikah hari tu.

Nak tahu satu lagi berita baik tak? Arryan dah tak kisah kalau aku nak panggil dia abang! Dia dah penat nak pukul aku setiap kali aku 'terpanggil' dia abang.

Bila encik suami kita okay, aku pun ambil lah peluang! Terus panggil dia abang dua puluh empat jam. Kadang-kadang ada juga aku panggil dia Luthfi. Itu masa nak goda dia. Haha!

Tapi kan.. dah hampir setengah jam aku tunggu Arryan ni. Mana dia? Kata nak ambil aku di rumah sebab nak ajak makan malam. Dating dengan hubby kita lah malam ni. Ahaks!

Sekonyong-konyong, muncul sebuah Mercedes di depan pintu pagar. Aku tersenyum manis dan bangkit dari bangku luar rumah. Tetapi sedikit demi sedikit senyuman aku pudar.

Melihat Arryan yang melangkah keluar dari kereta dengan muka bengis itu membatukan segala pergerakan. Sampai sahaja di hadapan aku, dia tiba-tiba menampar pipi kanan aku.

Pang!

"Auch!" Jerit kecil aku. Tangan memegang pipi yang terasa pijar. Apa ni?! Kenapa Arryan tampar aku?! Nampak macam tak logik tapi ya benar! Aku tak bermimpi!

Deep In My HeartWhere stories live. Discover now