Bab 33

2K 172 8
                                    

"Are you sure you are okay?"

"Ish! Awak ni bisinglah! Jalan je boleh tak?!" bentak aku. Bersama mulut yang terketap-ketap berbisik di telinga Arryan.

Depan-depan VIP jugalah dia mahu tanya tentang keadaan aku. Baik sebelum pergi kerja! Boleh juga aku pura-pura sakit dan terus ambil MC!

Dari kerlingan mata aku nampak Arryan senyum halus. Terhibur dengan aku agaknya. Dia tahu tak sebelah dia tu ada Dato Hamid?

Aku tak peduli dia nak tanya apa tapi masalahnya. Kenapa mesti di tempat macam ni? Dalam keadaan macam ni? Ketika aku sedang memainkan watak sebagai satu-satunya pengawal peribadi wanita dia?

Tak macho langsung! Rolling eyes sikit!

Arryan menyengetkan kepala kepada aku dan sambung berbisik.

"Sorry lah sebab tak maklumkan awal-awal ada tetamu VIP hari ni. Kalau tak, kau boleh ambil MC. Takut sakit kepala lagi, pengsan kang. Bahaya!" dia menegakkan kembali kepalanya.

Aku membulatkan biji mata. Dia perli aku?! Ekor mata menjeling sikit kepada Dato' Hamid. Dia dan Lucas sudah pandang semacam ke arah kami tetapi cuba buat-buat tak nampak. Apalah yang mereka fikirkan tu?

"Tapi bagus juga. Aku sentiasa bersedia untuk sambut kau. I'll always be there for you, sweet.."

KRING!

Bunyi nada dering mesej masuk berkumandang. Tiga kepala terus menoleh ke arah aku. Aku menyengih sebelum melihat skrin telefon. Malu tambah segan sebab terlupa nak silent telefon. Ahaks!

Saya dah detect nombor yang send location dekat puan tu ~ Sarjan Irfan

Melihat saja mesej itu bibir aku menguntum senyum manis. Kepala kembali dialih dekat kepada Arryan dan berbisik perlahan.

"Saya ada kecemasan. Got to go now. Sorry!" Tanpa menunggu balasan Arryan, laju aku meninggalkan mereka semua.

"Well done, Sarjan Irfan. Well done" 

_____

"Are you sure this is his place?" Sudah berkali-kali soalan itu terpacul dari mulutku. Sarjan Irfan menghembus nafas berat lalu ditoleh ke arah aku.

"Puan, saya pasti sangat-sangat. Boleh tak puan diam? Nanti kalau dia dengar macam mana?"

"Tak adanya dia dengar. Kita ni sebendang jarak dengan rumah dia, nak dengar apa?!" Keras suaraku menjawab.

Sememangnya jarak kami dengan rumah yang disyaki Chris berada adalah sangat jauh. Masakan dia boleh dengar segala butir perbualan kami berdua? Merepek je Sarjan Irfan ni.

"Yalah. Yalah. Habis tu kita buat apa dekat sini lagi?" Soalan yang terluah dari mulut rakan di sebelah mendiamkan aku.

Ish, aku tak yakin langsung yang apartmen ini adalah rumah Chris. Yalah, apartmen ini usang betul beb. Boleh jadi galeri sejarah rasanya.

Kalau dah usang macam ni takkan manusia jahanam seperti Chris akan tinggal di sini?! Chris itu kaya weh, kaya! Ahli-ahli Red Eye yang sudah diberkas sudah menceritakan semuanya.

Bisnes haram Red Eye yang sudah lingkup itu telah banyak mendatangkan keuntungan. Jadinya Chris dan Kelam sememangnya orang berada! Mustahil untuk mereka tinggal di sini! Walaupun si Chris dan Kelam itu dah putus kawan tetapi hasil perniagaan mereka makan juta-juta juga tau. Duit Chris dan Kelam. Pasti sama banyak. Sama taraf! Sama haram!

Adakah ini hanya untuk samaran mereka semua? Ya, untuk menutup lokasi sebenar mereka? Entahlah aku rasa hari ini kami akan gagal memberkas Chris.

Hmm..

Deep In My HeartWhere stories live. Discover now