"Hei, apa ni Arryan! Ini rumah Bella dengan Hilman! Kenapa bawa saya pergi sini?!" Terpekik-pekik aku apabila kereta Arryan betul-betul berhenti di hadapan pagar rumah kawan kita.
Paling mengejutkan, Bella dan Hilman elok terpacak depan rumah mereka! Dengan pandangan yang...
Menakutkan.
"Arryan, apa awak ni?! Lepaskanlah! Ish, lepas... arghhh!!" Sedar-sedar sahaja, aku sudah selamat dalam pelukan Arryan. Okey, bukan peluk tapi dekat dia macam peluk!
Hidung bertemu hidung. Iris kelabunya pula elok tenung aku dengan pandangan tanpa riak dia. Argh, kenapa dia mesti tenang walaupun keadaan kami berdua macam ni?!
Benci!
"Duduk diam sebelum aku cium kau"
Senyap.
Arryan menarik senyum senget sebelum menggangguk. "Macam ni lah isteri mithali"
Erk? Isteri kaki dia lah!
Baru sahaja ingin memarahi dia kerana sesuka hati panggil kita isteri dia tetapi melihat saja mata Arryan terjegil, niat untuk mencerca terbantut serta-merta. Mulut dikemam serapat mungkin.
Kemudian, Arryan melepaskan pelukan. Okey, bukan pelukan tapi pegangan? Ah, lantak lah! Sepantas kilat tanganku ditarik seseorang.
"Bella! Terkejut aku!" Aku mengurut-ngurut dada.
Melihat pandangan mata Bella aku dah boleh agak apa nasib aku selepas ini. "Err, aku balik dulu okey? Bye!" Baru berura-ura hendak ke rumah sebelah, laluanku dihalang oleh seseorang.
Hilman. Aduh, banyak betul masalah malam ni. "Tak selagi kau tak masuk rumah aku"
Aku mengeluh. "Alah, rumah aku sebelah rumah kau je. Esok-esok jelah heh? Aku pun ngantuk ni, nak tidur" aku pura-pura menguap. Badan pula mengeliat.
Oh, lupa nak cakap. Hilman dan Bella baru sahaja pindah ke sebelah rumah aku. Tiba-tiba kan? Mereka kata mereka nak tengok-tengokkan aku. Risaukan keadaan aku. Pigidah! Mereka fikir aku tak tahu?
Sebenarnya mereka dah lama berkenan dengan rumah sebelah rumah aku ni! Setiap kali datang rumah aku, mesti mengusha aje kerjanya. Tak sangka mereka betul-betul berkenan dan akhirnya membeli rumah ini!
Hebat betul.
"Masuk. Aku. Cakap." Tangan Hilman elok menunjuk ke dalam rumahnya yang terang-benderang. Hish dia ni. Pukul tiga pagi terang-terang buat apa?
Dengan langkah lemahnya, aku masuk ke dalam rumah Hilman dan Bella. Habis lah aku lepas ni.
_____
"Psychological Trauma?! What is that?!" Jeritku terkejut. Mata pula membulat besar. Haih, orang lain pukul empat pagi elok diulit mimpi, aku ni masih segar dikejutkan dengan satu demi satu masalah.
"Kau selalu training dengan arwah Abang Ayden kan?" Aku menggangguk.
"Psychological Trauma ini ialah kerosakan pada minda yang berlaku akibat peristiwa yang menyedihkan. Trauma ini disebabkan oleh tekanan yang melebihi kemampuan seseorang untuk mengatasi, atau menggabungkan emosi yang terlibat dengan pengalaman itu. Pendek kata, disebabkan kau selalu training dengan Abang Ayden kau tak boleh berlawan lagi sebab kau trauma, Ayana." Jelas panjang Bella.
"Jadi maksudnya, semua benda yang aku buat dengan abang aku.. aku tak boleh buat?" Aku mengangkat kening kepada Bella.
Bella senyap sekejap. "Mungkin. Kau punya pengalaman paling berharga bersama abang kau mungkin training tu sebab memang dari kecil abang kau ajar benda tu kan? Tapi doa-doa jelah semoga simptom kau satu ni je."
YOU ARE READING
Deep In My Heart
Action[First Story] Aku, Inspektor Ayana Zulaikha. Secara rasminya akan terlibat dalam operasi undercover bodyguard. Bodyguard? Aku tak kisah jadi apa pun tapi masalahnya kenapa mesti dia? Kenapa mesti dia yang menjadi majikan aku? "She don't know me? W...