Bab 56

1.9K 192 20
                                    

Enam tahun lepas...

Aku lihat dia. Dia lihat aku. Kami bertentangan mata buat beberapa minit lamanya. Tanpa sesiapa mengalihkan pandangan. Masing-masing tak nak kalah. Dia di seberang jalan sana bersama sebuah payung. Aku di seberang jalan sini di bawah sebuah perhentian bas.

Walaupun dalam keadaan malam yang gelap. Hujan lebat membasahi bumi.

Kenapa? Kenapa dia tidak berhenti merenung aku? Dia nak curi apa-apa dari aku ke? Aku ni nampak macam berharta ke sekarang?

Kali ini aku melihat tubuh sendiri. Masih tersarung jersey kontinjen negara. Yalah, petang tadi baru sahaja acara 4x400 akhir aku berlangsung. Dan kami berjaya mendapat johan!

Kejayaan itu telah membawa kegembiraan kepada semua atlet-atlet Balapan dan Padang Malaysia. Acara aku ini dikira acara yang dinantikan semua orang kerana peluang untuk mendapat nombor satu agak tipis.

Pesaing semua hebat-hebat belaka. Tetapi coach kami yakin bahawa kontinjen Malaysialah yang akan merampas kedudukan pertama. Dan benar! Kami berempat berjaya menjejakkan kaki ke atas platform nombor satu itu tadi.

Mengingatkan itu, aku kembali tersenyum. Masih jelas lagi senyuman tidak lekang bibir coach kami semasa di restoran tadi.

Kemain gembira dia.. belanja makan besar! Dan aku baru sahaja pulang dari makan besar itu. Habis saja makan malam, aku jalan-jalan sekeliling bandar Hanoi. Menikmati 'me time'!

Sedang syok menikmati masa sendiri tadi, aku tiba-tiba rasa diperhatikan. Bila angkat wajah, bersabung dengan sepasang mata lain. Teringat diri sedang diperhatikan orang sana, cepat-cepat aku angkat wajah semula.

"Watch out!!"

Splashhh!!!

Aku tergamam di bawah renungan mata itu lagi. Kali ini bukan dari seberang jalan, tetapi depan mata sendiri. Hanya jarak beberapa inci sahaja.

"Apa.. apa.."

"Kau memang suka termenung kan?"

Aku kembali tersedar. Tangan yang melingkar di pinggang aku terasa dilonggarkan. Cepat-cepat aku menapak ke belakang. Menjauhi lelaki entah siapa-siapa ni!

Dia senyum senget. "Thanks me later"

Thanks what? Aku melihat perbuatan lelaki itu menutup payungnya. Yang digunakan untuk melindungi aku dan dia daripada terkena percikan air tadi.

Tadi ada satu kereta melintas di hadapan ini. Dan apa yang berlaku selepas itu, lelaki ini menarik aku ke dalam pelukannya dan membuka payung dia dan kami selamat daripada basah bersama-sama.

Okay, hipotesisnya sekarang. Patut ke aku berterima kasih kepada dia?

"See? Dalam keadaan macam ni pun kau termenung lagi. Tell me. Am i too handsome to you?"

What the...

"Don't look at me with that look. Aku tak handsome ke?" Wah, lancar sekali dia puji diri sendiri ya! Ingatkan bila aku dah pandang semacam, dia insaf sikit. Makin menjadi-jadi pula.

Nasib baik! Dia memang betul kacak! Tidak dinafikan. Muka pun ala-ala mat salih gitu. Eh sekejap. Mat salih?

"You can speak malay?"

"Oh please! After all of my questions, that was you curious about, dear?" Dia tatap aku dengan pandangan lain macam. Atau dalam kata lain, pandangan menggoda. Okay, itu menyeramkan.

"Jawab je la"

"Yes, i can. Any curiosity again?" Dia menyilangkan tangan pula. Dan aku baru perasan sesuatu.

Deep In My HeartWhere stories live. Discover now