Telekung yang baru lepas digunakan aku gantung ke dalam almari. Sejadah pula aku gantung di penyidai. Kemudian kaki menapak ke katil dan melabuhkan punggung di birai.
Haih.. Dah pukul 3:30 pagi ni nak buat apa je? Aku tak ngantuk lagi, baru lepas solat sunat. Sementara nak tunggu ngantuk apa kata kita jalan-jalan?
Yeah, idea bernas! Pandai kau Ayana.
Almari dibuka sebelum hoodie kelabu dicapai dan menyarungnya ke badan. Tudung sarung juga dipakai sebelum kepala hoodie aku naikkan ke atas. Menutup kepalaku.
Tanpa menunggu lama, aku memboloskan diri ke luar bilik. Pintu bilik ditutup dengan perlahan kerana bilik Ayren betul-betul di hadapan bilik aku. Bahaya kalau buat bunyi sekecil zarah pun!
Ayren tu dah lah telinga panjang! Hah, biasa tangan panjang kan? Kali ini telinga panjang sebab benda kecil jatuh dekat bilik aku pun dia boleh dengar.
Takut kan? Hah, itulah adik aku yang digilai gadis-gadis di luar sana. Telinga dia unik!
Sampai sahaja di tangga, aku mencicit turun dan akhirnya terpacak di depan pintu. Nafas digali dalam-dalam sambil tangan mencapai topi di kabinet sebelah pintu.
Pintu utama dibuka lalu aku melangkah keluar dengan selambanya. Topi dipakai dan aku mencicit berlari keluar rumah.
"Yeayyyy!!" Jeritku teruja setelah berjaya bolos daripada rumah sendiri.
"Wohoooo!!"
"Woi! Apahal suka sangat ni?" Tegur satu suara seraya memberhentikan larianku. Tangan terkebil-kebil melihat makhluk di depan mata.
"Apahal pandang aku macam tu?"
"Langsuir..."
"Aku makin lawa kan?"
Aku menggelengkan kepala pantas. Langsuir tarik muka. "Kau makin pudar..." kataku seraya mendekati langsuir itu.
"Memanglah! Aku dah nak pergi ni"
Jeda.
Langsuir pandang aku. Aku pandang langsuir. "Kau... nak pergi mana?"
"Balik dunia akulah! Kau fikir aku kat sini selama-lamanya? Takkanlah" kata langsuir dengan cebikan di bibir. Aku angguk kecil sebelum berjalan seiringan bersama langsuir yang sudah lama tidak bertemu.
"Aku dengar abang kau meninggal dunia.."
Kepala menunduk. Dengan gerak perlahan sekali aku menggangguk berkali-kali. "Kau tak nampak abang kau ke?"
Langkahku terhenti. Yalah, kenapa aku tak nampak abang aku ek? Hmm, mungkin dia yang tak nak tunjukkan diri. Tak apalah.
"Kau nak pergi mana ni?" Soal langsuir itu lagi setelah kami menyambung perjalanan semula. Soalannya tadi aku biar tergantung sepi.
"Nak pergi serah diri"
"Hah?! Serah diri dekat siapa?!" Terkejut beruk langsuir itu mendengar jawapan aku. Terburai gelakku melihat reaksinya yang begitu buruk.
"Aku gurau jelah!" Kaki membelok ke kiri bersama gelengan di kepala. Senang betul langsuir seekor ni percaya.
"What?! Lepas apa jadi, kau nak main lagi bola keranjang ni?! Wei, dah-dah lah tu. Kau ni tak serik lagi ke kena belasah sampai lunyai haritu. Abang kau dah mati pun kau masih lagi nak... Woi! Kau dengar tak ni?!"
Jeritan langsuir itu bagaikan masuk telinga kanan, keluar pun telinga kanan sebab telinga kanan tak dengar apa-apa. Hahaha!
Malas lah nak dengar dia bebel. Baik aku tenangkan diri aku dengan bola keranjang. Memang ini sajalah cara aku untuk menenangkan diri. Lagipun, selepas seminggu Abang Ayden tinggalkan aku, dah lama juga tak jejak kaki ke sini.
YOU ARE READING
Deep In My Heart
Action[First Story] Aku, Inspektor Ayana Zulaikha. Secara rasminya akan terlibat dalam operasi undercover bodyguard. Bodyguard? Aku tak kisah jadi apa pun tapi masalahnya kenapa mesti dia? Kenapa mesti dia yang menjadi majikan aku? "She don't know me? W...