Bab 53

1.8K 176 4
                                    

"Ayana"

"Senora"

Kepala aku terangkat saat mendengar dua seruan itu. Kelihatan Hilman dan Lucas yang sedang berlari anak mendekati aku. Hilman menjatuhkan duduk di sebelah aku. Lucas pula berdiri di sisi aku.

"Macam mana keadaan Arryan?" Soal Hilman.

Saat mendengar soalan Hilman, kepala aku kembali menunduk merenung lantai hospital. Kemudian, bergerak ke kiri dan kanan. Menjawab soalan Hilman.

"Dah berapa jam dia dalam tu." tambah aku perlahan.

Bilik pembedahan. Arryan dikejarkan ke hospital selepas ditembak sebanyak lima tembakan! Aku tak pasti apa yang berlaku di dalam bilik pembedahan itu. Tak dapat nak jangka. Tapi...

Dia akan selamat kan? Tak ada apa yang akan berlaku kepada dia kan?

"Kau pergi lah tukar baju dulu. Banyak sangat darah tu." Tegur Hilman setelah beberapa minit kami berdiam. Tangan dia pula bergerak membantu menanggalkan kot hitam di tubuh aku. Aku hanya membiarkan tangan Hilman menjalankan kerjanya.

Selepas kot hitam dibuka, mata aku beralih kepada baju kemeja putih aku. Penuh dengan darah Arryan. Dan-dan bayangan tadi menjelma di fikiran. Arryan yang pengsan di pangkuan aku. Berlumuran darah. Aku yang meraung-raung.

"Ayana?" seruan Hilman membuatkan kepala aku mendongak.

"Kau okay tak ni?" soal dia lagi.

Aku okay? Bagaimana aku mahu okay kalau Arryan di dalam sana masih tidak tahu khabar? Dan adakah aku nampak okay sekarang?

Ah! Banyaknya perkataan okay.

Termenung. Itu lah yang aku mampu lakukan sekarang. Masih dilema dengan kejadian beberapa jam lepas.

"Kita doa semoga Arryan baik-baik saja" Seakan faham dengan aku yang termenung lagi, Hilman memberi kata-kata motivasi.

Klak!

Dengar saja bunyi pintu dikuak itu, serentak kepala kami bertiga terangkat. Doktor tersebut mendekati kami. Terus aku dan Hilman berdiri tegak.

"Lima peluru berjaya dikeluarkan. Cuma..."

"Cuma apa?!" Potong aku pantas. Hilman bertindak memegang bahu aku. Memberi isyarat supaya aku bertenang. Aku yang dengar saja perkataan cuma, terus mata berkaca-kaca.

Tak sanggup mahu mendengar selebihnya.

Aku bergerak meninggalkan mereka bertiga. Tangan pula memberi isyarat supaya mereka meneruskan perbualan mereka yang tergendala.

Aku berdiri jauh dari tempat mereka bertiga berada. Tak nak dengar. Tak nak tahu.

Beberapa minit kemudian, terasa bahu aku ditepuk seseorang. Kepala berpaling. Hilman dan Lucas. Wajah masing-masing keruh semacam.

Mata aku mula lah memainkan peranan. Berkaca-kaca semula walaupun tak dengar lagi berita terkini pasal Arryan.

"Arryan.." Hilman akhirnya membuka mulut.

Deep In My HeartWhere stories live. Discover now