Aku turun ke tingkat bawah untuk mencari bayang si suami. Sampai sahaja di bawah, dia nampaknya sedang menunggu kehadiran aku. Dengan senyum senget dia. Dari tadi!
Lagi lah bertambah cemberut muka aku. Kalau rasa guna lidah, memang pahit habis! Kalah tongkat ali!
"Oh, dear! I miss you so much!"
"Tak payah nak dear-dear sangat lah! Yana dah lama jejak rumah, baru nak cakap rindu!" Bidas aku laju. Punggung dilabuhkan ke atas sofa bersebelahan Arryan. Tapi muka masih control beku. Hati masih sakit melihat sengih lebar sang suami.
"Abang baru perasan abang tak cakap lagi. Sorrylah, masih dalam keadaan terkejut yang Yana dah balik rumah. Padahal baru pukul 9 malam!" Usik dia lagi.
Bibir mencebik. Suka sangat lah tu usik aku dah boleh pulang awal kerja! Okay, bukan 'boleh' tapi 'kena'. Pegawai atasan suruh aku pulang awal sebab kes aku hampir pitam di kawasan siasatan hari tu.
Tapi sebenarnya aku tahu! Arryan Luthfi bin Ebrahim yang menjadi angkara semuanya! Dia dalang di sebalik bagaimana aku dapat kebenaran pulang awal!
Apa lagi? Guna kuasa seorang Alexander lah! Urgh, bila fikir balik rasa nak tinggal bawah tanah aje supaya tiada nama Alexander yang dapat aku dengari.
Eh, tak boleh juga. Kalau tiada Arryan, aku tak boleh hidup. Jadi kena bawa dia sekali. Tapi dia ada kaitan dengan Alexander! Arghh, maknanya aku memang ditakdirkan akan terikat dengan Alexander.
Huaaaa!!
"Yana tak suka ke dapat luangkan masa dengan abang?" Soalan itu mematikan segala lamunan aku tentang apa yang berlaku. Kepala menoleh ke sisi. Arryan buat puppy eyes.
Mengeluh! Tak apalah, Ayana. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Kira peluang baik lah ni kau dapat pulang awal. Boleh luangkan banyak masa dengan suami kau! Bukan ke itu yang kau impikan selama ini?
Ya! Jangan lepaskan peluang! Aku kena menikmati masa ini. Langsung, bibir menarik senyuman semanis madu.
"Siapa cakap tak suka?"
"Habis tu, muka Yana tadi..."
"Ah, saja aje tu. Berlakon. Menjadi tak?"
"Tak."
Okay, aku kena perbanyakkan latihan lagi lah ni? Haih. Arryan geleng kepala sebelum melabuhkan kepalanya di atas peha aku.
Eee, mengadanya! Jari jemari aku dimasukkan ke celah-celah rambut hitam lebat Arryan. Bermain dengannya. Arryan pun nampak menikmati usapan aku di atas kepalanya.
Beberapa saat kemudian...
"Arghhh!!! Ayana!!!"
"Hahahahahaha! Aduh! Aduh! Ampun, abang! Ampun!" Kedua-dua tapak tangan disatukan. Gaya merayu-rayu meminta maaf. Tangan Arryan yang mahu mencubit aku tadi terkaku di udara.
Fuh, laju betul sesi membalas dendam dia! Tak sempat aku nak lari selepas menarik rambutnya, dia terlebih dahulu cekau pergelangan tangan aku lalu punggung aku kembali berlabuh di sofa. Seterusnya, perut aku menjadi mangsa cubitan manja Arryan.
Amaran keras, walaupun cubitan manja tapi terasa macam cubitan naga! Pedih ya ampun!
"Okay-okay! Patik minta beribu-ribu ampun, Tuanku!" Kali ini kedua tapak tangan digosok-gosok. Sekali dengan bahasa klasik lagi! Betul-betul menyesal dengan perbuatan aku tadi.
Arryan menurunkan tangan aku. "Yana kan permaisuri abang, bukannya orang bawahan abang nak berpatik-patik bagai." Gemersik suaranya membalas ucapan maaf aku.
YOU ARE READING
Deep In My Heart
Action[First Story] Aku, Inspektor Ayana Zulaikha. Secara rasminya akan terlibat dalam operasi undercover bodyguard. Bodyguard? Aku tak kisah jadi apa pun tapi masalahnya kenapa mesti dia? Kenapa mesti dia yang menjadi majikan aku? "She don't know me? W...