"Padan muka kau! Ambik ni! Degil! Pergi keluar tu apa pasal?! Kan dah kena! Padan.." satu pukulan.
"Padan.." satu pukulan lagi.
"Padan muka kau!" dan pukulan lagi.
Aku pula hanya pasrah apabila didera sebegitu ganas. Tadah jelah badan. Dah memang salah sendiri. Nak buat macam mana?
Nasib baik aku ni kebal. Tak macam perempuan-perempuan di luar sana. Kalaulah orang lain ada di situasi aku sekarang mesti sudah melutut menangis disebabkan serangan Bella.
Tapi Bella juga sudah sedia maklum dengan kekebalan aku, itu yang dia bantai pukul satu badan aku! Padahal ini sudah masuk kali kedua bekas tikaman aku dijahit. Fresh lagi jahitannya ini. Bella yang jahit tadi, takkan dia lupa terus kut?
Sudah jatuh ditimpa tangga. Peribahasa itu sangat mengenai aku. Mas kahwin merundum jatuh! Nak menangis bawah katil lah gini. Meratapi.
"Yana! Dengar ke tak ni?!" aku mengangkat wajah. Lah, aku berangan ke tadi? Alamak, mampus aku!
Melihat aku tayang wajah blur walaupun hanya sesaat sebelum aku cover dengan sengihan, lagi meroyan lah nenek kebayan berbadan dua ni. Emosi orang mengandung, kau jangan buat main. Dia jeling je dah rasa macam nak gantung diri.
"Kau..." sebelum dia menghabiskan kata, aku melompat tubuh ke sofa tetamu. Di mana Arryan, Hilman dan Lucas berada sekarang. Aku duduk di sebelah Hilman. Berhadapan Arryan. Lucas pula duduk di sebelah Arryan.
Biasalah. Typical loyal bodyguard. Rolling eyes sikit!
Mata menjeling sedikit Bella yang sedang bercekak pinggang. Baru sahaja dia ingin sembur aku, pintu bilik wad terbuka dan kedengaran suara seorang nurse menyeru dia.
Aku tersengih lebar. Allah masih panjangkan umur aku. Alhamdulillah!
Bella menjegilkan mata dia kepada aku. "Kau tunggu nasib kau nanti!" keras amarannya sebelum mengangkat kaki keluar.
Fulamak, takutnya! Dead wish!
"Apa yang kau telah buat, Ayana?" setelah beberapa minit suasana kami hening, Hilman akhirnya memilih untuk memulakan soal jawab.
"Apa? Aku selamatkan diri sendiri je tadi! Kau nak salahkan aku ke?" bangkang aku. Mulut mencebik sedikit.
"Bukan itulah! Kau keluar..."
"Okay fine! Sorry! Ya, aku tahu semua ni salah aku. Kalau aku tak keluar bilik tadi, mesti jahitan aku tak terbuka balik. Aku dah menyusahkan semua orang dekat hospital ni. Aku minta maaf okey. Aku minta maaf!" lantang aku bersuara.
Sesekali tangan menepuk-nepuk sisi sofa. Geram dengan semua orang yang asyik nak salahkan aku. Besar sangat ke dosa aku? Ada macam wajah bakal ahli neraka heh muka lawa aku ni?
"Aku tak cakap pun salah kau. Kau sendiri yang mengaku. Baguslah tu. Sedar diri"
What the hell? Gitu pulak? Kurang ajar betul! Memang nak kena liku Hilman ni!
"Kau lupa nak minta maaf sebab lain" baru berura-ura ingin meliku kepala Hilman, kata-kata Arryan menghentikan pergerakanku. Terus kepala menoleh ke arahnya.
Kening sebelah dijongket. Tidak jelas dengan maksud di sebalik kata-katanya.
Arryan tiba-tiba mengangkat sesuatu yang berada di tangannya. Sekuntum bunga. Dan aku kenal bunga itu! Hanya aku. Dan Lucas.
YOU ARE READING
Deep In My Heart
Action[First Story] Aku, Inspektor Ayana Zulaikha. Secara rasminya akan terlibat dalam operasi undercover bodyguard. Bodyguard? Aku tak kisah jadi apa pun tapi masalahnya kenapa mesti dia? Kenapa mesti dia yang menjadi majikan aku? "She don't know me? W...