Bab 1

4.4K 277 37
                                    

Bunyi mesin melekat di telinga. Kemudian, dapatku rasa desah nafasku seolah-olah tersekat dek sesuatu yang menutup bahagian hidung dan mulut. Seperti topeng?

Sedikit demi sedikit jari-jemari digerakkan. Lalu, dengan kekuatan yang aku ada kelopak mata perlahan-lahan dibuka. Ada cahaya sedikit menerobos masuk, menyebabkan mata aku kembali tertutup.

"Ayana?! Ayana!"

Namun, sebaik saja mata aku tertutup hanya untuk seketika bayangan itu menerpa. Bayangan yang selama ini menghantuiku. Bayangan yang melemahkan aku. Bayangan yang ditakutiku.

Pantas, mataku dibuka lagi. Pada mulanya, pandangan aku tidak jelas dan kabur semata-mata. Tetapi semakin lama semakin jelas. Peliknya, semua benda berwarna putih dan pandanganku terhenti pada sekujur tubuh.

Perlahan-lahan, mulutku bergerak. "Ay..Ayden?"

"Yana.. Yana dah sedar, sayang!" Jerit Abang Ayden dengan girangnya. Sesaat, dia meraup wajah syukur.

Dan-dan keningku berkerunyut apabila terpandang seorang wanita di sebelah Abang Ayden.

Seakan perasan diri sedang diperhatikan, wanita itu menarik satu senyuman. Khas buat aku. Anggun! Puji aku di dalam hati apabila melihat senyuman cantik itu.

Tetapi yang peliknya. Siapa dia?

Tangan kanan aku perlahan-lahan diangkat lalu jari menunjuk ke arah di mana wanita anggun itu berada.

"Who is she?"

"Hah? Apa.. apa awak tanya tadi?" Tergagap-gagap Abang Ayden menyoal aku kembali. Hish, pakai alat bantuan pernafasan ni suara aku tenggelam lah! Langsung aku menarik keluar topeng itu daripada mulutku.

"Who is she? Anyway.. kenapa Yana boleh masuk hospital? Rasanya Yana macam demam je malam tadi. Ayren tak balik rumah lagi ke? Eh mana eomma? Baru perasan eomma tak ada. Ayden pun bila balik dari Australia? Tak cakap apa-apa pun? "

Bertubi-tubi soalan aku tanya pada abang. Tiap kali selesai satu soalan mata Abang Ayden dan wanita disebelahnya semakin membesar.

Terkejut sangat diorang ni. Aku salah tanya ke?

Kemudian Abang Ayden membisikkan sesuatu pada wanita tersebut dan wanita itu angguk seketika sebelum berlari keluar. Matanya nampak macam berkaca-kaca tadi. Entahlah.

"Dia isteri abang"

"What?!"

"Yana awak dekat sini bukan sebab demam tapi awak kemalangan jalan raya. Awak baru sedar dari koma. Ayren pergi sambung belajar..." Terdengar satu keluhan berat dari mulut Abang Ayden.

Aku tak mampu nak jawab apa. Lagi-lagi lepas abang cakap..

"Dan eomma. Dia dah meninggal dunia beberapa tahun lepas"

_____

"Yana sabar ya?" Suara Abang Ayden tidak henti-henti memujuk aku supaya boleh terima kenyataan semua ini. Kenyataan kehidupan aku yang musnah semuanya.

"Cik Ayana Zulaikha disahkan hilang ingatan..." Setakat itu saja aku mendengar ayat doktor yang merawatku, sebelum bayang-bayang kejadian malam itu terlintas di fikiran.

Eomma.

Nama itu berlegar-legar di kepalaku. Satu-satunya ibu bapa ku telah meninggal dunia tetapi aku tidak ingat?

Anak apalah aku ni. Yana mintak maaf, eomma.

Dialah ibu aku dialah ayah aku. Papa dah meninggal dunia ketika aku kecil lagi. Jadinya eomma tanggung kami beradik seorang diri. Dia bekerja sebagai pensyarah dan gajinya terlebih dari cukup untuk menyara kami semua.

Deep In My HeartWhere stories live. Discover now