Bab 61

2K 204 35
                                    

"Assalamualaikum, eomma" Aku melabuhkan punggung di bangku kecil tepi pusara ibu aku.

Seperti biasa. Tulisan jawi yang tertulis di atas batu nisan itu aku baca satu per satu di dalam hati. Sudah lima tahun berlalu sejak eomma meninggal dunia, jadinya aku sudah hafal.

Al-fatihah. Allahyarhamah Lisa Kim binti Abdullah. Meninggal pada 9...

Zup!

Dan setiap kali itulah aku akan terhenti di ayat yang sama. Masih terkesan barangkali. Kerana tarikh itu terdapat pada kad pengenalan aku. Surat beranak. Dan setiap kali aku perlu menulis borang, aku perlu menulis tarikh itu.

Aku. Terpaksa. Tulis.

"Eomma apa khabar?" Tak nak diamuk emosi berlebihan, aku menukar topik.

"Yana baik-baik je kat sini. Oh, lagi satu kan eomma.. Yana dah jadi polis! Tak sangka kan? Yana dulu beria nak jadi atlet, end up? Jadi polis pula!" Aku gelak olok-olok.

Jeda.

"Eomma mesti nak tahu kan kenapa Yana berhenti jadi atlet? Entah lah, eomma. Yana pun tak tahu kenapa. Just.. nak berhenti. Mungkin rezeki Yana kat tempat lain? Eomma doalah banyak-banyak semoga anak eomma yang cantik ni dapat masa depan yang cerah! Hehehe..."

"Jadi..."

"Ugly girl?"

Aku mengerutkan dahi. Siapa yang berani-berani kutuk makhluk ciptaan tuhan di kawasan tanah perkuburan islam ni?! Kepala berpaling pantas.

Serta-merta bebola mata aku membulat. Terkebil-kebil aku mendongak melihat figura tersebut. Dia pun sama. Masing-masing terkejut dengan kemunculan masing-masing.

"Arryan?" Dah lama tak nampak dia. Kali terakhir jumpa, dia dalam keadaan terburu-buru ada hal urgent. Jadi aku terlupa nak minta nombor telefon dia. Menyesal? Tak.

Sebab aku yakin, takdir akan menemukan kami semula. Lihat? Boleh pula terjumpa di kawasan tanah perkuburan ini!

"What are you doing here?" soal dia setelah mengambil bangku kecil yang lain dan menyertai aku. Duduk di sisi kanan aku. Pandang pusara eomma.

Dia masih sama setelah sebulan lebih kami tidak berjumpa. Aku pun seperti lupa dengan dia sebab busy gila sejak kebelakangan ni.

"Lisa Kim binti Abdullah? Your mom?" Dia menoleh sekilas ke arah aku sebelum pandang kubur eomma. Angguk seperti burung belatuk.

Arryan tiba-tiba senyum halus. Dah kenapa dia ni tepi kubur senyum-senyum?

"Assalamualaikum, Auntie Lisa. I'm not really shocking after knew that she is your daughter. Well, like mother like daughter." Dia cakap seorang diri.

Aik. Cara cakap macam dia kenal eomma aku.

"Awak kenal eomma ke?"

"Of course"

"Hah?!" Aku terkejut beruk.

"How?" Pendek soalan aku. Perlahan saja kerana masih dalam keadaan terkesima.

"Cliche. Aku tolong dia yang hampir kena rompak. Dia terhutang budi. Nak bagi aku ganjaran tapi aku tolak. Cukuplah dia jaga diri dia baik-baik. Itu kali pertama.."

"Awak jumpa dia berapa kali?!" Okey-okey ini mendatangkan kecurigaan!

"Tiga kali. Secondly, dia menonong melintas jalan masa lampu hijau. Aku tahan dia. Marah dia sebab cuai. Dia terhutang budi lagi, nak belanja aku makan. Aku tolak and cakap benda sama. Jaga diri dia dah cukup untuk balas budi aku."

Deep In My HeartWhere stories live. Discover now