Bab 35

1.9K 178 14
                                    

Dahiku berkerut ketika ingin membuka mata. Sedikit demi sedikit pandangan aku semakin jelas dan akhirnya terkebil-kebil melihat keadaan sekitar.

"Aku... dekat.. mana ni?" Tersekat-sekat nafasku ketika bersuara. Setiap kali satu perkataan keluar dari mulutku, ketulan asap turut keluar sama. Seperti bercakap di kawasan bersalji dan bersuhu rendah. Hah, macam tulah keadaan aku sekarang.

Tapi aku bukan berada di tempat bersalji malah tiada seketul pun salji yang dapat dikesan di sini. Hanya ada...

Ais.

"Apa..." bibirku terketar-ketar ingin mengungkapkan sesuatu tetapi terhalang dek tekak yang terasa kering kontang.

Ya allah, apa sebenarnya yang berlaku ni? Macam mana aku boleh ada dekat sini?

Kemudian barulah otak dapat memproses apa yang telah berlaku sebenarnya. Hilman ditembak. Dan aku yang dipukul di bahagian kepala.

Hilman! Apa jadi dekat dia?! Ada sesiapa sedar tak dia dalam kedai makan itu?!

Eh sekejap. Sebelum kejadian itu berlaku, aku ada nampak satu bayangan. Ya, bayangan masa akan datang. Aku sudah tahu bahawa Hilman akan ditembak tetapi kenapa aku tidak melakukan sesuatu?!

Serta-merta aku teringat akan kelebihan aku sebelum ini. Melihat makhluk halus. Dan sejak kebelakangan ini, kelebihan itu sudah jarang muncul. Kali terakhir apabila di gelanggang bola keranjang semasa aku dibelasah. Si Langsuir itu beri amaran bahawa kawasan itu tidak selamat tetapi aku tidak peduli akan amaran itu.

Setelah beberapa hari berlalu sejak kejadian itu, kini aku tidak lagi melihat makhluk halus. Biasanya sehari akan ada saja makhluk yang muncul di layar mata ini. Tetapi tidak sekarang.

Mungkinkah kelebihan itu digantikan dengan aku boleh melihat masa depan?

"Wow, watak utama kita sudah sedar!" satu suara menggamit aku. Kepala berpusing kepada empunya suara.

Chris.

"Kau nak apa apek?! Lepaskan akulah!" ronta aku di dalam ikatan. Ceh, dia ikat aku rupanya? Takut aku serang dia ke?

Kedengaran tawanya melekat di gegendang telingaku. Kedengaran sangat jelik. Sangat. Tersirat.

"Gua nak apa?! Lu tanya gua nak apa?!" Tudung aku kemudian dicengkamnya. Kepala aku terdongak ke atas kerana tindakan kasar itu.

"Gua nak lu mati! Lu tak patut hidup! Lu patutnya sudah mati masa accident hari tu maa" tuturnya dengan dialek cina yang pekat.

Accident? Jadi dia tahu aku pernah kemalangan? Dia ke punca aku hilang ingatan sebelum ini? Dia ke penyebab aku kemalangan beberapa tahun lepas?

"Tapi lu hidup! Entah macam mana lu boleh hidup. Tapi gua suka juga. Boleh seksa lu sampai mati maaa!" Tudungku yang dicengkam ditolak kasar lalu tubuhku tersorong ke tepi dan terhantuk di satu benda keras.

"Auchh.." aduku perlahan. Rasanya aku terhantuk di hujung sesuatu kotak dan kotak ini diperbuat daripada besi.

Ya allah sakit. Perlahan-lahan aku dapat merasa haba melalui celah kepalaku. Dan-dan ia menitik ke atas lantai yang sudah menjadi ais.

Darah.

"Aish, baru sikit dah berdarah ke maa? Aiyoo, manyak lembik woo"

Sempat lagi dia kutuk aku?! Hei, budak-budak kau pun aku yang belasah seorang diri tau?! Dia masih nak berlagak kuat depan aku?!

Baru saja ingin membidas, tekak yang kering kontang terasa sakit. Mulutku terbatuk-batuk kecil. Dahi berkerut menahan peritnya celah kerongkong sendiri.

Deep In My HeartWhere stories live. Discover now