Kepala sekali lagi menoleh ke belakang untuk mengimbas kalau-kalau ada benda yang mencurigakan.
Tiada.
Aku hembus nafas lega. Selepas kepala menoleh ke hadapan semula, badan aku mengeliat pula.
Pergelangan tangan aku dilirik sedikit untuk melihat jam. Sudah hampir menginjak waktu maghrib dan aku masih berada di Alexander Holdings?
Ya, itulah rutin harian aku sekarang ini. Menjadi pekerja terakhir pulang ke rumah. Tujuan utama untuk memastikan semua benda berada dalam keadaan terkawal dan tiada sesiapa yang mencurigakan sempat berbuat apa-apa.
"Let's go home! I wanna go home!" sesekali, mulutku bernyanyi kecil. Selesai sudah kerja terakhir hari ini. Ayuh kita pulang ke rumah!
Pap! Pap! Pap!
Telinga sempat menangkap bunyi tapak kaki berjalan. Langkah aku mati serta-merta. Aku tak salah dengar kan tadi? Kening bertaut aneh. Kemudian, aku berpaling ke arah itu.
"Siapa tu?"
Senyap.
"Arryan? Lucas?"
Masih tiada balasan. Curiga dengan apa yang berlaku, kaki aku perlahan-lahan menapak ke arah bunyi tapak kaki itu didengari. Jantung berdebar-debar menunggu apa yang bakal muncul di layar mata.
"Siapa..." mata aku dikecilkan. Susuk tubuh disebalik tiang itu memunculkan diri di hadapan aku. Lelaki berbadan besar. Dan bertopeng.
Naga merah?
Ommo! Dia ni budak-budak Kelam?!
"Kau...." baru sahaja ingin menempik, leher yang dilindungi dengan tudung terasa tegang. Kali ini aku dapat rasakan sesuatu benda tajam yang diletakkan di leher aku.
Pisau. Damn.
"Kalau kau tak nak cedera, baik kau ikut kita orang." ujar lelaki di belakang. Manakala lelaki di hadapan hanya tersenyum sinis. Bangga dengan rancangan mereka yang berjalan lancar?
Huh, tidak sama sekali.
Serentak dengan itu, aku menendang kelengkang lelaki di belakang. "Arghhh!!!" jeritnya lantang sambil memegang bahagian sulit. Euw, tak cover langsung!
Ekor mata sempat mengesan lelaki berbadan besar tadi mahu menyerang tetapi cepat-cepat aku elak. Kepala berpaling menghadap dia.
Pantas, lelaki itu mengambil peluang dengan mengelar sedikit lengan aku. "Urghh..." bibir menggumam sakit. Woi, sejak bila dia ada pisau ni?!
Ketika aku sedang cuba menutup darah daripada terus keluar, dua orang lelaki itu berdiri di hadapan aku bersama pandangan sinis.
Aku mengangkat wajah. "Kau nak apa?!"
"Nak kau"
"Kenapa? Aku tak ada kena mengena dengan koranglah!" tempelak aku. Disusuli dengan gelak tawa mereka berdua. Kedengaran sangat jahat di telinga aku.
"Kau tak boleh perbodohkan kita oranglah. Kau fikir kita orang tak tahu? Yang kau tu sebenarnya girlfriend Arryan kan?! Ada hati nak menyamar jadi bodyguard konon. Berlawan pun tak pandai" lelaki berbadan besar itu merendah-rendahkan keupayaan aku.
Oh, berlawan pun tak pandai? Aku senyum senget. "Kau salah"
"Apa? Memang betul pun kan? Perempuan mana pandai berlawan. Lagi-lagi perempuan keding macam... Arghh!!!" belum pun sempat lelaki kurus itu menghabiskan kata, aku berpusing 360 darjah sebelum menghadiahkan dia tendangan padu.
YOU ARE READING
Deep In My Heart
Action[First Story] Aku, Inspektor Ayana Zulaikha. Secara rasminya akan terlibat dalam operasi undercover bodyguard. Bodyguard? Aku tak kisah jadi apa pun tapi masalahnya kenapa mesti dia? Kenapa mesti dia yang menjadi majikan aku? "She don't know me? W...