Bab 68

2.2K 202 28
                                    

"Bahhh!!" Sedang syok aku baca majalah tiba-tiba muncul kepala orang di depan. Aku pandang kosong kepala itu. Terus empunya kepala itu tarik muka.

"Boring la reaction kau ni."

"Habis tu? Nak saya terkejut ke?" Dia angguk bersungguh-sungguh.

"Hah, cepat terkejutkan saya balik."

"Tak payah buang masa aku. Kau fikir aku ni macam budak kecik ke nak terkejutkan orang je kerjanya?" Dia membidas balik. Aku gelak kuat.

"Saya ni bukan jenis yang senang terkejut. Perlu banyakkan latihan okey?" Sudahnya? Dijeling suami sendiri. Lagi aku sambung gelak.

"Awal kau balik? Biasa tengah malam baru balik." Arryan mengambil tempat di sisi aku. Terus majalah yang aku pegang diletak ke sisi dan tumpuan sepenuhnya diberikan kepada Arryan.

"Saja. Dah lama tak luangkan masa dengan suami saya yang kacak ni. Kan, abang?" Pipi Arryan dicubit berkali-kali.

Pap!

"Ish! Asal abang, pap! Asal abang, pap! Tak ada reaction lain ke?" Bentak aku kasar. Anti betul dia bila aku panggil dia abang. Suami orang lain okey je aku tengok. Apasal suami aku malunya lain macam?

Dia hanya mampu sengih. Kena tunggu aku amnesia dulu ke apa baru nak gelar diri dia abang? Haish!

"Nah!" Satu kotak muncul di layar mata. Berkerut dahi aku seraya mengambil kotak tersebut. Pandang Arryan dengan kening sebelah dijongket.

"Hadiah."

"Hadiah apa?"

"Alat-alat nak bunuh orang."

"Hah?!! Awak nak ajak saya bunuh orang?!!" Terkejut beruk aku dengan jawapan Arryan itu. Terus Arryan ketawa terbahak-bahak.

"Sometimes, kau ni innocent jugak ek?" Usikannya dibalas dengan jelingan aku. Malas nak tunggu dia berhenti gelak, aku buka dahulu kotak tersebut.

Hoodie kelabu. Tanpa membuang masa, terus aku angkat ke atas. Walaupun warna plain saja tapi di bahagian dada sebelah kiri ada huruf terukir cantik.

𝓐𝓐

Mata aku membuntang. "Lawanya, Lutfi!!" Nampak elegan sangat hoodie ini apabila ada corak seperti itu. Tulisannya pula berwarna emas.

Terus aku pusing badan nak cium pipi Arryan tapi Arryan dah terlebih bersedia. Ciuman aku mendarat kat tempat lain! Mata aku membulat. Baru saja mahu melepaskan tautan, Arryan terlebih dahulu memegang belakang leher aku.

Apabila tautan bibir kami terlepas, Arryan senyum senget.

"You're welcome, sayang."

Okey, tak jadi nak marah dia sebab dia panggil aku sayang. Hehehehehe..

***

Aku pandang pusara di hadapan mata tanpa secalit emosi. Sudah berapa minit aku dalam keadaan sama. Hanya kaku tidak bergerak merenung kubur itu.

Kubur papa. Papa Malek.

Bukan Kelam. Si penjenayah yang dikehendaki.

Sekonyong-konyong terasa ada tangan mendarat di bahu aku. Segera aku menoleh. Ayren, adik bongsuku.

"Dah lah tu, noona. Kesian Abang Ar tunggu lama kat situ." bibir Ayren memuncung ke satu arah. Dan aku yakin, Arryan ada di situ. Tetapi aku memilih untuk tidak memandangnya.

Deep In My HeartWhere stories live. Discover now