Cis, tak guna betul. Aku tengah sedih-sedih dia ajak aku pergi sambung kerja? Dasar majikan tak berhati perut! Eh, dia bukannya majikan sebenar aku pun. Poyo!
"Kau tunggu jelah sampai real bodyguard aku balik dari vacay. Kalau ada dia, kau nak buat kerja sendiri pun tak apa. Aku tak kisah sangat." Tutur Arryan yang masih tekun menghadap macbook dia.
"What bodyguard pergi vacay?!" Bidasku sambil memeluk tubuh.
Apalah Arryan ni. Pergi suruh bodyguard dia pergi bercuti apahal? Kalau aku jumpa kawan dia tu, memang dah lama kena sekeh kepalanya! Eii, berani dia senang-senang bercuti sedangkan aku terseksa dengan perangai tak semenggah majikan dia ni.
Arghh, kusut kepala!
Arryan mengangkat wajah. Memerhati wajah cemberutku sejak dia ajak aku pergi sambung kerja lagi. "Dia ada kerja dekat kampung dia. Kau ni faham-faham lah. Fikir dia dua puluh empat jam melekat dengan aku je ke?" Balas Arryan sarkastik.
Malas nak berbalah lagi, aku menjatuhkan duduk di hadapan Arryan. Tak ada masa aku nak berdiri macam patung manikin.
"Kalau awak dah ada bodyguard, kenapa masih lagi nak bodyguard undercover? Musuh-musuh awak tak syak apa-apa ke?" Aku melontarkan soalan bernas.
"Itu kau tak payah risaulah. Aku tahulah apa aku buat. Sibuk sangat apahal?" Cis. Aku tanya aje kan?!
"Tapi kenapa mesti bodyguard? And... kenapa mesti saya?!"
Arryan menarik nafas panjang sebelum menghela tenang. "Kan aku cakap. Aku nak cari keadilan untuk dia. And for that, kami perlukan polis! Dah! End of discussion! No more questions!"
Dia marah aku ke sekarang ni?! Wah, makin melampau! Lagi satu, dia tak menjawab soalan aku pun! Jawapan dia dah lari dari soalan!
"Eei, saya ni polis tau. Berani awak..."
Bam!!
Kataku terhenti. Kepala berpaling ke belakang. Melihat pintu kayu yang sudah terkuak luas. Mulut ternganga sendiri melihat figura yang berdiri di pintu itu.
"Lucas!!" Jeritan Arryan lagi mengejutkan aku. Lucas? Siapa tu? Sedar-sedar je tubuh Arryan sedang memeluk lelaki yang fikirku namanya Lucas.
Mulut yang ternganga ditutup sendiri. Nasib baik tak drooling. Sebab apa? Lucas tu hensem gila weh!
Jadi ini yang dimaksudkan ACP Iskandar 'cuci mata'? Patutlah weh! Bertuahnya aku dikelilingi jejaka-jejaka idaman malaya! Ini yang nak buat kerja undercover lama lagi ni.
Tubuh bangkit perlahan-lahan lalu mendekati kedua-dua jejaka yang sedang berbual itu. Tiba saja aku di hadapan mereka berdua, mata lelaki bernama Lucas itu terbeliak besar. Kemudian cepat-cepat dia mengawal reaksi terkejutnya itu. Aik? Kenapa dia nak terkejut? Tapi tak kisahlah. Yang penting kena perkenalkan diri dahulu.
"Hi, Lucas! My name is Ayana Zulaikha. You can call me Ayana. Nice to meet you!" Ucapku separa teruja. Gila kau? Berdepan dengan jejaka kacak gila kut? Siapa je tak excited?
Lucas menatap aku dengan wajah... simpati? Sekejap, kenapa dia pandang aku macam tu? Namun ia hanya beberapa detik sahaja sebelum dia mengalihkan pandangan kepada Arryan. Arryan menggangguk sedikit dan Lucas kembali memandangku.
Aik? Nak bercakap dengan aku pun kena minta izin tuan besar dia ke? Aneh benar.
"Nice to meet you too, senora"
Dah nora mana dia petik ni.
"Eh! Not nora. Ayana. A. Y. A. N. A. Ayana Zulaikha" siap tolong ejakan lagi. Yalah, mana tahu dia ni tak faham tatabahasa nama aku ke kan? Jadi Lucas ini bukan orang melayu?
YOU ARE READING
Deep In My Heart
Action[First Story] Aku, Inspektor Ayana Zulaikha. Secara rasminya akan terlibat dalam operasi undercover bodyguard. Bodyguard? Aku tak kisah jadi apa pun tapi masalahnya kenapa mesti dia? Kenapa mesti dia yang menjadi majikan aku? "She don't know me? W...