Bab 46

1.9K 180 22
                                    

Me time bersama Ayana Zulaikha!

Selamat datang ke rancangan persendirian aku. Hari ini me time bersama Ayana Zulaikha dilakukan di tempat biasa. Shopping mall!

Eh, tunggu! Ini bukan me time biasa. Hari ini aku ada misi! Nak tangkap seorang penjenayah ni. Malas nak terangkan jenayah apa yang dia lakukan. Cukuplah aku cakap dia menipu dalam perniagaan dia. Dan ramai yang telah tertipu.

"Hari ini kami ada buat promotion. Cik nak cuba?" Seorang pelayan menegur aku. Angkat wajah. Senyum manis aku hadiahkan padanya.

"Oh, boleh juga" Jawab aku berbasa-basi. Kemudian, pelayan itu mengambil beberapa alat make-up dan menerangkan kebaikan-kebaikkannya. Aku mendengar dengan teliti.

Sambil dia menerangkan khasiat produknya, mata aku masih tertancap ke luar kedai. Nampak sahaja kelibat yang ditunggu-tunggu, aku menekan earpiece.

"Man, sasaran dah keluar" Aku bersuara.

Beberapa saat kemudian, muncul Inspektor Hilman dan Sarjan Irfan menggari sasaran yang aku katakan tadi. Hilman memandang aku di sini dan mengangkat isyarat thumbs up.

Aku angguk sekali. Kelihatan Hilman memegang telinga kanannya sebelum suaranya berdengung di earpiece aku "Budak sebelah kau dah ternganga dah tu. Kau tak cakap dengan dia ke kau polis?"

Hilman kemudian beredar. Aku terus menoleh ke sisi. Pelayan itu memang betul sedang ternganga!

"Omo! Omo! Sorry, buat awak takut pula!" Mesti dia dah nampak Hilman dan Sarjan Irfan yang menggari seorang wanita di sana. Lepas tu, nampak aku dan Si Hilman berkomunikasi secara halus. Tak ke pelik tu?

Aku mengorek saku seluar dan menunjukkan satu kad kepada pelayan wanita tersebut. "Saya polis" Pendek pengenalan aku.

"Oh, tadi tu puan tangkap dia ke?"

"Ahah! Pandai! Itu sebab dia tipu dalam perniagaan. Ramai orang yang dah jadi mangsa. Jadi, kalau awak tak nak jadi macam orang tu. Janganlah menipu dalam hal jual beli ni ya? Berdosa! Haram!" Beria aku terangkan kepada pelayan itu. Dia hanya sengih takut.

Chill lah. Polis tak makan orang lah dik.

"Saya minta diri dulu. Oh, lagi satu. Lipstick awak ni bagus. Dua dalam satu kan? Saya kadang-kadang pakai kat pipi. Memang mantap! Merah-merah delima pipi saya. Okaylah, babai!!" Sempat lagi kita bagi review produk kedainya. Aku berjalan keluar dari kedai.

Alang-alang dah ada di sini, apa kata jangan persiakan? Sambil menyelam, kita minum air! Jadi, marilah kita ke kedai kegemaran aku!

Kaki segera mengorak langkah ke destinasi yang telah aku fikirkan. Papa Roti! Yumm.. yumm! Lama tau tak makan roti gebu tu. Semasa dalam perjalanan ke Papa Roti, aku ternampak satu berita di televisyen.

Kaki berhenti melangkah. Berita tersebut menarik perhatian aku.

Seorang isteri didera oleh suaminya sehingga meninggal dunia. "Lelaki zaman sekarang memang tak boleh percaya." gumamku perlahan. Aku tahu kes ini. Sebab Hilman salah seorang pegawai yang menganggotai untuk menangkap suaminya yang melarikan diri.

Baru berura-ura ingin beredar dari situ, tiba-tiba telinga aku dapat mendengar beberapa suara jeritan.

"Luthfi! Jangan!"

"Saya tak tahu apa-apa! Tolonglah, jangan buat macam ni!"

"Luthfi, ini bukan diri awak yang saya kenal! Luthfi yang saya kenal tak sekejam ini!"

Deep In My HeartWhere stories live. Discover now