Bab 52

1.7K 182 15
                                    

"Siapa?" Soalku senada. Pistol dipoket sudah tersemat di dalam pegangan. Tinggal tunggu masa untuk melepaskan tembakan.

"Tak pasti, puan. Tetapi bila tengok betul-betul, dalam van tu ada lima hingga enam orang. Dan hanya seorang tidak bertopeng manakala yang lain bertopeng hitam semuanya" jelas pegawai yang berada di luar bangunan melalui earpiece aku dan aku pasti pegawai-pegawai yang lain juga mendengar benda yang sama.

Kan dah cakap, keselamatan pewaris diutamakan. Hampir sekeliling kawasan ini pihak polis meletakkan seorang demi seorang pegawai untuk memantau. Dan syukurlah, disebabkan tindakan itu kami berjaya mengesan sesuatu yang mencurigakan.

"Topeng hitam? Cuba tengok betul-betul.. ada lambang naga tak dekat situ?" Pintaku.

"Korang bergerak tempat masing-masing. Go go go!" Arah aku kepada rakan-rakan seperjuangan yang berdekatan. Boleh pula masing-masing tayang wajah clueless.

Mendengar arahan dijatuhkan, masing-masing berlari ke tempat seperti yang telah ditetapkan. Earpiece ditekan sebelum berkata lagi, "Hello? Sarjan? Ada ke tidak?"

"Oh, ada! Semua topeng mempunyai lambang naga yang puan katakan itu."

Aku menyinis. Kau datang tepat pada masanya, Kelam. Hari keramat inilah kau baru nak tunjuk kedatangan kau? Maaflah, kau tidak dijemput!

"Puan! Dia dah masuk!"

Aku menoleh ke laluan masuk tempat parking bawah tanah. Dan benar! Ada satu van hitam sedang memasuki kawasan ini dengan kelajuan yang tidak disangka!

"Salah oranglah, Kelam" kataku perlahan sebelum membuat larian meluru kepada van hitam tersebut. Namun, tiba-tiba saja van itu membuat brek mengejut.

Aku juga turut berhenti sama. Kelihatan tingkap van itu terbuka sebelum satu kepala keluar. Dan paling mengejutkan, dia ada senapang!

Membulat besar mata aku melihat objek di tangan lelaki itu. Sepantas kilat, tubuh dibawa ke tepi. Menyorok di belakang salah satu kereta.

Bang! Bang! Bang!

"Puan Ayana, dua orang sedang melepaskan tembakan. Apa kita nak buat sekarang ni?!" Suara anak buah aku kedengaran kalut di sana. Ah, pasti dia juga sedang bersembunyi untuk mengelak daripada terkena sebarang tembakan.

Aku mendongak, melihat di mana van itu berada. Dan setelah memastikan lelaki yang memegang senapang itu tidak perasan akan kewujudan aku di sini, beberapa tembakan dilepaskan. Lalu aku bersembunyi semula.

Bang! Bang! Bang!

Bunyi tembakan tidak berhenti daripada tadi. Kedua-dua belah pihak, masing-masing tidak mahu mengalah.

"Damn you, Kelam!"

Bang! Bang!

Tembakan dilepaskan lagi. Mungkin sudah perasan akan kehadiran aku di sini, tembakan di tempat aku langsung tiada tanda mahu berhenti.

Cis, kurang asam! Tak ada cara lain! Kena bertindak juga. Aku menoleh ke kanan. Baiklah, line clear.

"Puan Ayana, van tu bergerak. Nampak macam...dia nak serbu pintu masuk utama!" Kata-kata Hilman membeliakkan biji mata aku. Kepala diangkat sedikit untuk melihat ke mana arah tuju van hitam tersebut.

Van itu kelihatan memecut laju. Walaupun sedang bergerak, tembakan langsung tidak berhenti dilepaskan. Punyalah nak selamatkan diri itu. Huh.

"Kau tunggu Kelam.." Serentak dengan itu aku mengangkat tubuh dan memulakan larian. Ada satu kereta tiba-tiba pula mahu keluar dari petak parking kereta dan cepat-cepat aku mengelak.

Deep In My HeartWhere stories live. Discover now