Argh!! Macam mana aku boleh lupa dompet aku?! Bengap, bengap, bengap! Itu lah, cuai lagi!
Nasib baik pekerja restoran itu simpankan dompet aku! Kalau tak?! Habis lah! Semua passport, kad pengenalan dan paling tak boleh dilupa..
Duit aku! Huarghh!
Okay tenang, Ayana. Semua dah selamat. Dompet dah ada dalam poket kau. Sekarang ni, boleh pulang ke airport semula. Ya, aku akan pulang ke tanah air hari ini.
Ada lagi dua jam sebelum waktu perlepasan. Tetapi kami semua diarahkan untuk berada di lapangan terbang beberapa jam sebelum berlepas. Anne, Izzah dan yang lain sudah bergerak.
Tinggal aku seorang gara-gara tertinggal dompet di restoran tadi! Huaaa!
Sedang memikirkan pengangkutan awam apa yang patut aku gunakan, tiba-tiba gegendang telinga dapat mendengar sesuatu bunyi aneh. Aku menajamkan lagi deria pendengaran.
"Urghh... urghh"
Dahi berkerut. Cuba diamati lagi.
"Urgh... some..someone"
Aku pandang lorong di hujung sana. Agak terpencil. Tapi aku pasti bunyi erangan itu datang dari arah sana. Aku melihat keadaan sekitar.
Kenapa tiada siapa yang memberi reaksi? Aku seorang aje ke yang dengar? Jadi, adakah ini bermaksud bunyi erangan itu datangnya daripada makhluk halus?
Tapi.. aku macam kenal lah bunyi itu. Di mana? Dan bila? Ambil masa beberapa minit juga aku cuba mengingati di mana aku pernah dengar suara erangan ini.
Klik! Mentol kepala kita memberi kerjasama. Suara erangan tiga tahun lepas! Lelaki yang aku gendong ke hospital! Aku pasti. Sangat pasti lelaki ini ialah lelaki yang sama tiga tahun lepas. Dan untuk memastikannya...
Aku tak boleh mengabaikan bunyi itu!
Kaki diayun pantas ke lorong terpencil. Gelap. Kerana sudah menginjak angka tujuh malam. Sampai sahaja di situ, hanya dipenuhi sampah-sarap. Cuma bezanya, sampah-sarap ini tidak diletakkan di tempat yang betul. Bersepah. Seperti...
Baru lepas ada kekacauan di sini.
"Someone... ughh" bunyi erangan kali ini semakin dekat. Aku mengikut gerak hati. Setapak demi setapak sebelum tersepak sesuatu.
Aku menunduk. Nampak sepasang kaki. Serta-merta, mata aku membulat.
"Ya allah! Who is it?! Are you okay?!" cepat-cepat aku menunduk ingin menghulurkan bantuan. Membawa diri lebih dekat lagi kepada figura malang tersebut.
Namun, saat mata aku dan mata dia bersabung, dunia seakan berhenti berputar. Tangan aku kaku. Masa bagaikan terhenti. Maka bermulalah suasana dramatik kita diiringi bunyi cengkerik.
Krik..krik..krik..
"Long time no see.."
Aku terjelepuk. Dia tersenyum menampakkan gigi yang berdarah. Lagilah aku terkebil-kebil.
"Is it you?"
______
"Why?! Why you didn't tell me before?!"
YOU ARE READING
Deep In My Heart
Action[First Story] Aku, Inspektor Ayana Zulaikha. Secara rasminya akan terlibat dalam operasi undercover bodyguard. Bodyguard? Aku tak kisah jadi apa pun tapi masalahnya kenapa mesti dia? Kenapa mesti dia yang menjadi majikan aku? "She don't know me? W...