Bab 49

1.8K 198 16
                                    

Dari kejauhan, kelihatan seorang lelaki berjaket kulit sedang duduk menghirup Vanilla Lattenya. Di hadapannya juga ada satu lagi cawan minuman dengan air yang sama. Aku senyum.

Macam mana dia tahu air kegemaran aku?

Dan aku perasan, hampir semua perempuan di dalam starbuck ini asyik terteleng-teleng pandang meja tersebut. Inilah budak perempuan zaman sekarang. Pantang nampak lelaki ada rupa dan gaya, laju saja cucuk jarum.

Ceh, macam lah kau tak macam mereka semua tu Ayana oi!

Tiba-tiba idea bijak muncul di fikiran. Aku senyum herot. Ini lah masanya untuk membuktikan diri kau, Ayana! Tekak cuba dibetulkan sebelum...

"Lucas!!" Jerit aku dengan cerianya. Kaki berlari kecil ke meja yang diduduki Lucas. Jejaka yang menjadi tumpuan ramai satu starbuck ini. Lucas yang mendengar laungan nama dia, segera berpaling.

Dia angkat tangan kepada aku. Memberi isyarat bahawa dia berada di sana. Unfortunately, aku dah nampak dia dulu! Ahaks!

Sampai sahaja di meja kami, aku menjatuhkan duduk. Aku nampak Lucas seperti mahu berdiri. Ni mesti nak tunduk hormat. Dia setiap kali jumpa aku mesti tunduk hormat macam aku ni puan besar dia.

Tapi kalau dia buat benda tu sekarang, rosak lah plan aku! Sebelum dia bangkit, aku terlebih dahulu bersuara dan langsung dia tidak jadi mahu berdiri.

"Lama ke you tunggu sayang?" Soal aku dengan nada suara yang sengaja dikuatkan. Biar satu starbuck dengar. Setelah mengucapkan ayat itu, suasana sekeliling riuh dengan bunyi kerusi terseret. Aku dah nak ketawa dah ni. Boleh agak reaksi gadis-gadis lain apabila aku 'bersayang' dengan jejaka terlaris starbuck di depan aku ini.

Mata Lucas terbeliak. "Senora what are you talk..."

"Shhh, stick to the plan. Saya tengah game satu starbuck ni." Bisik aku perlahan. Khas untuk pendengaran Lucas. Dia diam. Namun riak wajahnya menjelaskan yang dia masih tidak faham apa yang aku cuba lakukan.

Mata aku meliar ke sekeliling. Kebanyakan meja sudah mula kosong. Aik? Tadi waktu ketika aku sampai, bukan main penuh kafe ni. Jangan cakap semua perempuan yang ada tadi hanya singgah untuk menatap anak teruna seorang ni?!

Oh, Tuhan! Kenapa ada lagi kaum hawa sebegitu?!

Aku pandang Lucas dengan riak tak percaya. Dia pandang aku dengan kerutan di dahi. Barangkali, masih tidak faham apa yang sedang berlaku.

"Kalau gadis-gadis kat luar sana tahu awak blur macam ni. Memang kuranglah saham awak" kutuk aku perlahan.

"Okay, line clear. Back to the topic." sambung aku.

"Err, senora buat apa tadi?"

"Oh, saya saja aje nak halau budak-budak gatal kat sini. Semak..."

"Not that." Potong Lucas. Bukan yang itu? Habis tu? Yang mana? Otak ligat berfikir apa yang telah aku lakukan tadi. Kemudian, aku petik jari.

"Sayang?"

"Shhhhh, senora! Don't call me that!"

Gelak aku pecah. Sampai menekan-nekan perut dibuatnya. Habis senak perut aku.

"Kenapa takut sangat?" Soal aku setelah tawa reda. Air mata di tubir aku lap segera. Kelakar betul Lucas ni. Aku panggil sayang pun nak kecoh.

"Nanti senor marah." Jawapan dia mematikan gerak tangan aku yang sedang mengelap air mata. Hah, ini yang nak bertukar jadi hulk ni.

Deep In My HeartWhere stories live. Discover now