Bab 62

1.9K 208 104
                                    

"Ayana? Ayana! Can you hear me?"

"No"

"Okay, let me repeat. Marr..."

"Hell no, Arryan!" Aku bangkit dari duduk. Mencerlung garang ke arah Arryan.

"Awak gila ke?! Tiba-tiba nak kahwin dengan saya?! Awak fikir kahwin ni macam main rumah-rumah ke?! Kita tak ada feelings each other. I dont want marriage without any feelings. Saya ada hak ke atas kehidupan saya. And you! Don't you ever think to stop me." Kali ini aku berjalan meninggalkan Arryan. Seruannya juga aku tidak peduli.

"Yana! Yana! Yana!" Petikan jari di hadapan mata membuatkan mata aku celik. Terpampang wajah dua orang rakan baik aku. Masing-masing berkerut di dahi.

"Dah sampai mana?"

"Pluto" Jawab aku selamba.

"Kasihan dia. Risau kadang-kadang dapat member macam ni..." Bella mengurut-urut dada dia sambil memejam mata.

Tanpa aku sedar, keluhan berat terlepas. "Kau ni kenapa, Yana? Tadi termenung, sekarang berkeluh-kesah pula. Apahal? Ada jantan tiba-tiba propose kau ke?"

Uhuk!! Uhuk!!

Bella cepat-cepat hulur jus oren kepada aku. Dengan rakus, aku menyedutnya. Kemudian, dia menjalankan tugas sebagai orang yang duduk di sebelah mangsa tercekik. Menepuk-nepuk lembut belakang badan aku.

Bila keadaan sudah kembali kepada asal, aku pandang Hilman tak puas hati. Dia senyum nakal sambil menyilang tangan.

"So, siapa lelaki yang fikiran cetek sangat tu?" Soal Hilman dengan suara yang ditahan-tahan. Tahan gelak! Eeii, benci!

"Seriously, Yana?! Ada laki lamar kau?! Biar betekk?!" Aku pandang Bella. Matanya membulat teruja. Tangannya juga terkapai-kapai. Jelas terkejut tambah gembira.

"Tapi kenapa kau macam tak suka ni? Hello, Ayana Zulaikha! Someone just propose you to be his wife! Tapi kan, sejak bila kau ada boyfriend ni? Tell me. Siapa lelaki..."

"Diamlah!!" Aku hentak meja makan seraya mengangkat tubuh. Beg silang di kerusi aku ambil. Wajah Hilman dan Bella yang terkebil-kebil pandang aku itu, dijeling sekali sebelum berjalan meninggalkan mereka.

_____

Sejujurnya aku tak ada lah tak setuju sangat tentang lamaran Arryan itu. Aku suka Arryan, tak dinafikan.

Ya kawan-kawan, sepanjang dua tahun hilang jejak Arryan, aku memang sudah memutuskan bahawa aku punya perasaan tarikan magnet terhadap jejaka itu. Kiranya macam crush biasa-biasa aje. Tak ada lah expect sampai dia ajak kahwin!

Kau orang faham tak perasaan aku? Okey, aku suka dia ajak kahwin. Tapi dalam masa yang sama aku tak suka.

Kerana aku yakin tujuan sebenar dia ajak aku kahwin bukan atas sebab dia sayang aku, dia cintakan aku dan dia akan hidup di sisi aku sampai mati. Tapi sebab...

Alexander.

Dia mahu tebus apa yang telah dia lakukan. Iaitu libatkan aku dalam dunia penuh ancaman Alexander. Jadi dia mahu melindungi aku. Dan untuk melindungi aku agak susah jika aku tidak berada di hadapan matanya dua puluh empat jam.

Jadi, dia fikir dengan berkahwin dia dapat melindungi aku! Arghh! Aku tak nak cakap begini, tapi fikiran dia sangat cetek!

Lagi-lagi tempat yang dia lamar aku ialah tempat menginsafkan diri! Kubur wei. Kubur! Bukan taman bunga, pantai mahupun restoran mewah tetapi tanah perkuburan islam!

Deep In My HeartWhere stories live. Discover now