Bab 22

2.2K 206 11
                                    

"Ish, bosanlah!" majalah hiburan dicampak ke atas lantai. Wajah kacak bergaya Aaron Aziz di kulit majalah itu dijeling sedikit bersama muncung di bibir.

Bosanlah hadap wajah lelaki-lelaki di dalam majalah itu. Depan mata sudah ada, buat apa susah-susah cari dalam majalah? Serentak, aku mengalihkan pandangan kepada Lucas yang sedang tersengguk-sengguk di sofa tetamu.

Alahai, masuk hari ini sudah lima hari jejaka itu tidak tidur kerana sibuk menjagaku! Siapa yang mengarahkannya? Tentulah bos hijau dia!

Ish ish ish. Kejamnya seorang Arryan. Sampai tertidur duduk budak itu dibuatnya. Tak sengaja tidur. TERTIDUR!

Itu pun jenuh juga aku paksa dia duduk. Kalau tak? Berdiri saja di sisi katilku ini.

Tak semena-mena, perasaan terharu menjalar masuk ke dalam diri. Aku ini hanyalah seorang pegawai polis yang menyiasat kes Alexander tetapi sudah dilayan sebegini istimewa. Itu belum kira dua orang lagi Alexander Guards di sebalik pintu bilik wad aku ni.

Kalau dah Arryan upah Lucas iaitu pengawal peribadi istimewanya untuk menjaga aku? Kau ghasa? Tak ke macam nak peluk si Arryan itu?

Yalah, Lucas itu ditugaskan untuk melindunginya, tetapi tiba-tiba aku pula yang dijaganya. Lucas pula hanya mengikut. Apabila ditanya, jawapannya sama saja.

"Senor's priority is my priority too, senora"

Argh! Lantak dialah nak buat apa! Masalahnya sekarang, disebabkan ada Lucas, hidup aku tak ubah seperti dalam penjara juvana! Dikurung. Lockdown. Dan boleh dikira darurat juga!

Sampai ke satu tahap, kalau aku nak mandi pun kena ada nurse wanita menjagaku. Manakala Lucas, berdiri di luar pintu. Jadinya, dua puluh empat jam aku perlu memakai tudung disebabkan ada Lucas!

Okeylah, masa mandi tak. Nak tidur pun tak sebab Lucas berdiri di luar. Yalah, malam-malam takkan nak jenguk juga anak dara orang? Baik kahwin dengan aku terus.

Eh aku terima je. Haha!

Tapi melihat Lucas yang masih tersengguk-sengguk itu, idea bernas muncul tiba-tiba. Senyum nakal terukir di bibir.

Inilah masanya!

_____

Perlahan-lahan, pintu bilik wad itu ditutup rapat. Sehingga terpejam sedikit mataku dengan perbuatan terlebih berhati-hati itu. Selesai berperang sendiri, aku memusingkan tubuh menghadap luar.

Bebola mata bergerak ke kiri kanan. Mahu memastikan tiada Alexander Guards di kawasan sekeliling. Sekarang waktu lunch mereka, sebab tu tiada siapa jaga pintu wad aku. Wohoo!!

Akhirnya, aku bebas. Freedom.

Mata membulat teruja. "Finally... Ayana di dunia luar!!" kaki berlari laju sepanjang di koridor sambil menjerit lantang.

"I know it all ends tomorrow. So it has to be today. Cause for the first time in forever. For the first time in forever...." Macam biasa. Kalau dah Ayana Zulaikha teruja, tak nyanyi mesti tak sah! Kali ini aku memilih soundtrack filem Frozen yang dinyanyikan oleh Anna ketika Elsa's cornation day!

"Nothing's in my way! Auch!!" aku terduduk apabila terasa bisa di bahagian perut. Alahai, lupa pula baru lepas kena tikam! Kalau jahitan ni terbuka, memang malang nasib kau hari ini!

Nak keluar bilik tu bukan senang, bila dah dapat keluar, lepas tu jahitan terbuka pula, memang..

Sia-sia usaha aku selama ini!

Berkerut-kerut aku menahan peritnya di bahagian perut. Dah ada parut jahitan. Kalau bakal suami nampak, mungkin mas kahwin aku ditarik beribu-ribu! Huaaa! Tak sanggup!

Deep In My HeartWhere stories live. Discover now