Bab 55

1.9K 194 31
                                    

Stereng kereta dipulas kasar. Mata tajam mencerun ke hadapan. Di atas jalan hanya mempunyai beberapa kereta yang sedang meluncur sama seperti kereta aku. Dah nak masuk maghrib ni memang kurang sikit kenderaan di jalan.

Biasalah, jalan pintas. Kalau jalan raya atau jalan utama tu lainlah. Sibuk saja dua puluh empat jam! Memang sesak habis!

Otak aku pula ligat berfikir pasal perbualan dengan keluarga Alexander pagi tadi. Selepas saja aku berjumpa dengan mereka semua, aku terus membawa diri entah ke mana-mana. Sudah berapa jam aku di dalam kereta dan di atas jalan raya!

Mencari ketenangan. Aku tak tahu kenapa, reaksi aku melebih-lebih sangat apabila keluarga Arryan tidak mengetahui keadaan sebenar Arryan.

Melebih-lebih ke? Aku rasa aku ada hak untuk bereaksi sedemikian. Tetapi hak apa?

Tiba-tiba aku dapat rasakan perasaan aneh di sekeliling. Jalan yang hanya ditemani lampu jalan tiba-tiba terasa kosong. Kenderaan yang lain hilang entah ke mana. Kemudian, muncul beberapa buah kereta di belakang aku.

Semuanya berwarna hitam. Ada dalam lima buah begitu. Dan paling tidak menyenangkan, kereta-kereta itu bergerak melebihi had laju!

Jarak antara kereta aku dan kereta di belakang hanya beberapa meter. Saat menyedari kereta itu semakin rapat dengan keretaku, terus aku tekan pedal minyak lagi.

Kereta aku meluncur laju. Jarak kami semakin bertambah. Melihat kereta aku yang semakin jauh ke depan, kereta-kereta hitam yang lain juga memecut ke hadapan.

Jalan yang lenggang tadi bertukar menjadi trek perlumbaan kereta. Siapa di depan, dialah yang akan hidup! Dan akulah orang itu. Aku perlu hidup!

Takkan sesekali aku biarkan mereka mengambil nyawaku. Namun, kalaulah kereta aku ini jenama Ferrari ataupun kereta lumba F1, pasti aku dapat meninggalkan mereka di belakang.

Tiga buah kereta berjaya memintasi aku lalu brek mengejut sekaligus menghalang laluan aku. Terpaksalah aku menekan brek.

Stereng kereta diketuk kuat. "Shit!" Dua buah kereta menghalang laluan di belakang. Aku tersepit!

Mulut berdecit perlahan melihat lelaki-lelaki bertopeng yang keluar dari setiap kereta. Kira-kira lima orang setiap kereta. Jadi seorang lawan dua puluh lima orang?

Gila! Kenapa mereka nak sangat aku mati?!

Dengan kasar, aku membuka pintu kereta menggunakan kaki begitu juga ketika menutupnya. Tangan disilang ke dada.

"Kau orang nak apa?" Dingin sekali suara aku bergema.

"Nak kau!" Satu suara membalas. Aku ketawa sinis.

"Then, come here and catch me. Sebelum tu, aku nak bagi amaran. Bukan sesenang yang kau sangka" kening sebelah dijongket. Sengaja mencabar kesemua lelaki di situ.

"Tunggu apa lagi?! Seranglah!" Serentak dengan itu, dua puluh lima orang lelaki di situ menyerbu ke arah aku di tengah-tengah.

Aku yang sudah bersedia terus menyerang dan bertahan. Aku tidak akan biarkan mereka tangkap aku!

Namun, kalau nak dibandingkan tenaga seorang wanita dengan tenaga dua puluh lima orang lelaki agak-agak siapa menang? Mustahil aku menang!

Pergerakan yang tangkas semakin perlahan. Perut aku ditendang kasar membuatkan tubuh lembik aku terjelepuk ke atas jalan.

"Arghh!!!!" Teriak aku. Air liur berdarah diludah sekali.

"Kalau dari awal kau serah diri, kita orang takkan berkasar dengan kau. Lagi pun bos minta kau baik-baik tapi kau sendiri yang degil kan?" Pandangan mula berbalam-balam.

Deep In My HeartWhere stories live. Discover now