This is gonna be a long chapter. Btw ni bukan special chapter tau. enjoy!🥰
"Lucas.."
Lucas yang mendengar namanya diseru, pantas mendekati aku. Matanya membulat terkejut.
"Senor dah bangun?"
"Habis tu kalau dah nampak aku buka mata takkan aku tidur lagi?" pedas sindiran aku. Lucas buat muka.
"Yeah, yeah, i know. You and your sarcastic." rolling eyes. Ewah, budak ni. Dah pandai nampak?
"Anyway, am i too late last night?" Dia garu-garu kepala. Buat gaya berfikir sesuatu. Aku berdesis sinis.
"Tak payah nak berlakon sangat. I know you do it on purpose. Bila aku call kau seorang, mesti kau sengaja datang lambat kan?" Tepat sindiran aku mengena lagi. Lucas menyeringai.
"Sebab saya tahu senor akan sentiasa selesaikan mereka semua sebelum sempat saya datang." Pandai budak ni menjawab. Nasib baik badan aku sakit-sakit lagi. Kalau tak, memang dah kena bantai dengan aku!
"Tapi senor kenal ke siapa yang bawa senor pergi sini?" soalan Lucas itu menghentikan segala pergerakan aku yang baru berura-ura hendak turun dari katil. Kejadian malam tadi bermain di fikiran aku.
"Macam mana kau tahu aku dekat hospital?" Tidak terus menjawab soalannya, aku menyoalnya semula.
"Oh, pihak hospital call. Well, you are quite famous. Sekejap aje gossip pewaris Empayar Alexander masuk hospital tu tersebar." Jelas Lucas.
"Damn."
"Don't worry. I've already checked all the videos and images."
"What for?"
"That you look handsome." Mengeluh. Budak Lucas ni memang bedebah sikit kadang-kadang. Kalau gadis-gadis kat luar sana tahu perangai sebenar dia, memang sah jatuh saham.
"The girl who saved you last night also look so stunning. Walaupun muka pucat semacam, masih nampak serinya. Oh! And i am very sure!"
"Sure apa pula?"
"She is your type! Tapi sayang, nampak macam budak sekolah lagi."
"Why not? Entah-entah dia baru habis SPM. Sekarang bulan Disember. Mana ada budak sekolah lagi selain dari budak SPM kan?" Laju mulut aku membidas hujahan Lucas. Tanpa sempat aku tahan. Lucas menutup mulut. Mata dia membulat teruja. Dah kenapa pula budak ni?
"Maksudnya umur dia bawah saya je la kan?!"
Wait, jangan cakap si budak Lucas ni berminat nak ambil tahu pasal gadis tu? Sejak bila dia ada interest dengan perempuan ni? Aku tayang wajah jelik.
Lucas yang nampak wajah aku begitu, terus hilang muka terujanya. Digantikan dengan senyum nakal. Dia angkat kedua-dua belah tangan. Macam aku ni tengah acu pistol kepada dia.
"Okay, i surrender." Tiba-tiba? Beria nak menyerah kalah bagai apahal?
Otak kembali melayang kepada si gadis malam tadi. Sama. Semua situasi sama seperti dalam mimpi aku. Dari saat pertama kami bertemu sehinggalah saat terakhir...
Gadis itu pengsan! Kepala laju diangkat apabila teringat benda terakhir yang berlaku semalam.
"Dia pengsan. Mesti dia kena tahan juga dekat hospital ni. Mana bilik dia?" Segera aku bangkit dari katil. Baru sahaja mahu mencapai tombol pintu, kata-kata Lucas terlebih dahulu menguburkan niat aku.
YOU ARE READING
Deep In My Heart
Action[First Story] Aku, Inspektor Ayana Zulaikha. Secara rasminya akan terlibat dalam operasi undercover bodyguard. Bodyguard? Aku tak kisah jadi apa pun tapi masalahnya kenapa mesti dia? Kenapa mesti dia yang menjadi majikan aku? "She don't know me? W...