"Arryan..."
"Hmm.."
"Apa jadi sebenarnya malam tadi?" Arryan yang baru melabuhkan duduk di kerusi kerjanya ditatap sedalam mungkin.
Dia menoleh ke arah aku. "Itulah musuh-musuh aku. Hampir setiap hari juga aku kena serang hendap macam tu" terangnya.
Aku menggangguk-anggukkan kepala. Patutlah kepala kena tetak pun reaksi dia kosong saja. Rupanya sudah masak dengan situasi begitu!
"You're so cool" tanpa sedar, bibir aku memuji kekuatan Arryan. Lelaki di sana ketawa halus. Kenapa? Dia tak percaya yang aku puji dia?
"Baru perasan?" sekali lagi, kepala aku terangguk-angguk. Ya, aku baru perasan akan kehebatan Arryan yang satu itu. Kagum sekejap.
"Itu orang Kelam ke?"
"Hmm.. i don't think so. For your information, budak-budak Kelam ada tanda naga merah dekat mask diorang. Last night tak ada kan?" Arryan kembali menumpukan perhatian kepada komputer ribanya.
"Tak ada..." mulutku menjawab perlahan. Satu maklumat baru tentang Kelam sudah diketahui. Anak-anak banjingannya ada tanda naga ya?
"Arryan..."
"Yes?" rajin pula bibir seksi itu menyahut seruanku.
"Bila awak nak buat sport festival tu? Awak masih nak buat ke? Awak tak rasa macam budak sekolah rendah ke buat hari sukan tu?" bertalu-talu soalan dihadiahkan kepada Arryan. Ambik kau. Alang-alang mood dia tengah baik ni, baik aku ambil kesempatan.
Tangannya yang sedang menekan-nekan papan kekunci komputer terkaku di udara. Untuk beberapa saat, Arryan berdiam diri. Kemudian, dia mengalihkan pandangan kepada aku yang berada di sofa tetamu ini.
"Kau tak payah sibuklah. Kau buat kerja kau, pantau apa yang patut. And this is not a childish event. Kalau nak dibandingkan dengan breakfast Koko Crunch kau tu, my event is more matured!"
Ewah ewah dia ni. Sempat lagi kutuk cara aku bersarapan?! "Don't tell me, kau breakfast benda sama setiap hari?"
"Eh, awak sibuk sangat kenapa?!" tempelak aku. Tubuh disandar ke sofa. Tangan pula disilang ke dada.
Arryan ketawa halus. "Lepas ni tak payah makan lagi benda macam tu."
"Kenapa pula?"
"Breakfast with me. Kita makan sama-sama. Kalau kau tak nak makan makanan dekat sini, bawa Koko Crunch kesayangan kau tu sekali. Biar aku teman kau makan"
Alahai, apa tak kena dengan otak Arryan ni? Malam tadi punya kes kena tetak ke? Terus otak tidak berfungsi dengan baik? Atau otak dia bergegar sehingga sel-sel otaknya sudah tidak berhubung lagi?
"Tak nak!" walaupun sedikit tersentuh dengan ajakan Arryan, mulut menolak mentah-mentah dengan ideanya. Mengarut sungguh!
Bawa Koko Crunch pergi pejabat semata nak makan dengan dia? Bodoh apa?
"Okay, then. Biar aku sendiri datang rumah kau"
"What?! Arryan, awak jangan buat benda gila boleh tak?!" halangku cepat-cepat. Kalau jiran-jiran nampak nanti macam mana? Naya aku nak jawab mulut-mulut mak cik bawang dekat taman perumahan itu nanti.
Fuh, tak sanggup der.
"Habistu? Kau yang tak nak bawak..."
"Okay.. okay! Saya bawa Koko Crunch tu pergi pejabat awak ni! Kita makan sama-sama. Puas?" tubuh aku bangkit dari sofa. Tangan didepangkan.
YOU ARE READING
Deep In My Heart
Action[First Story] Aku, Inspektor Ayana Zulaikha. Secara rasminya akan terlibat dalam operasi undercover bodyguard. Bodyguard? Aku tak kisah jadi apa pun tapi masalahnya kenapa mesti dia? Kenapa mesti dia yang menjadi majikan aku? "She don't know me? W...