"Akak, kenapa suami akak bawa saya pergi tempat jauh-jauh ni?" Soal aku dengan nada berbisik kepada hantu isteri di sebelah.
Hantu isteri hanya mengangkat bahu. Ish, dia ni. Suami sendiri kut takkan tak kenal?! Perhatian kembali dialihkan kepada coach yang sudah jauh ke depan.
Selepas melepasi anak tangga terakhir, kepala terteleng mencari figura lelaki itu. Dia berada di hujung koridor sana.
Aduh, dia ni pun satu. Yang pergi pilih bangunan belakang sekolah apa cerita? Punyalah jauh hujung dunia! Tingkat tiga pula tu. Kan senang cakap dekat gelanggang tadi je.
Namun untuk membantah, aku tidak mampu. Nanti si hantu isteri meroyan kang aku juga yang kena hadap. Baik ikut je cakap suami dia ni. Kaki terus melangkah mendekati Coach Hakim.
Dia bersandar pada tembok. Aku di hadapannya menyilangkan tangan ke dada. Mata tajam memanah anak mata hitam bekas jurulatih sendiri.
"Hah, nak cakap apa?" Soalnya tanpa rasa sangsi.
Aku membetulkan anak tekak seketika sebelum menjawab soalan dia. "Saya akan ikut apa yang isteri coach cakap okey?"
Dia tergamam sekejap sebelum menggangguk dengan teragak-agak. Alah, susah sangat nak percaya yang aku boleh nampak isteri dia. Eh, 'arwah' isteri dia.
"Awak sihat?"
"Awak bahagia?"
"Macam mana hubungan awak dengan Hailar?"
Coach Hakim kelihatan tersentak. "Macam.. mana awak kenal..."
"Kan saya cakap, saya ikut apa yang isteri coach cakap. So, inilah apa yang dia cakap. Saya ikut je" aku menjawab dengan nada mendatar. Bosan dengan riak terkejutnya.
"Awak keluar dengan dia hampir setiap hari. Awak permainkan saya. Awak perbodohkan saya" aku mengikuti apa yang hantu di sebelah katakan. Selepas itu, aku melirik ke sebelah.
Menitis air mata hantu isteri itu apabila mengatakan ayat yang bagaikan duri buatnya. Yalah, suami sendiri curang kut. Lepas itu, bertindak seperti tidak bersalah langsung.
Peh, kalau coach ni suami aku dah lama kena pancung kepalanya. Berani ah main kayu tiga dengan aku? Tempah maut namanya!
"Serius ah dia buat macam tu? Wah, lelaki dekat dunia ni memang semua sama kan?!" Aku berteriak kuat untuk memberi masa hantu di sebelah menenangkan dirinya.
Mesti perasaan dia sedang bercampur-baur sekarang. Kasihan pula kita tengok.
"Apa.. apa kau mengarut ni?" Membulat mata aku mendengar panggilan kau-aku yang sudah bertukar. Dia kau-aku dengan aku?! Wah, coach ni. Makin panas pula hati kita!
Baru berura-ura ingin menempik lelaki di hadapan, hantu isteri sudah menyambung katanya. Cepat-cepat aku mengambil posisi menyilang tangan seperti di awal perbualan.
"Awak ambil duit saya, belikan dia macam-macam! Awak sanggup berkorban untuk dia. Tapi untuk saya? Apa je saya dapat? Semua yang perempuan tu suruh, awak buat. Dan sebab dia suruh juga ke.."
Aku mengajuk kata-katanya dengan dramatik sekali. Penuh perasaan. Dahi berkerut-kerut saat memarahi sang suami yang curang. Mulut pula terherot-herot menjiwai watak isteri yang dicurangi.
YOU ARE READING
Deep In My Heart
Action[First Story] Aku, Inspektor Ayana Zulaikha. Secara rasminya akan terlibat dalam operasi undercover bodyguard. Bodyguard? Aku tak kisah jadi apa pun tapi masalahnya kenapa mesti dia? Kenapa mesti dia yang menjadi majikan aku? "She don't know me? W...