"Yana pasti ke benda ni selamat?"
"Pasti"
"Yana yakin abang takkan terkorban?"
"Yakin"
"Are you sure?"
"Very"
"Yana betul..."
"Boleh tak abang duduk diam je?" Kepala Arryan yang dari tadi menoleh ke belakang aku palingkan ke hadapan semula.
Kedengaran bunyi keluhan berat Arryan. Tangan aku di udara terus kaku. Kening sebelah terangkat.
"Abang tak percayakan Yana ke?"
"Bukan tak percaya. Ragu-ragu."
"Sama lah tu."
"No. Tak percaya tu secara keseluruhan. Ragu-ragu tu tak keseluruhan."
"Okay, whatever." Tangan aku perlahan-lahan mendarat di atas kepalanya. Dengan lafaz bismillah, aku memulakan guntingan untuk proses rambut baharu Arryan!
Sepanjang proses menggunting rambut, telinga aku asyik dengar bunyi nafas tercungap-cungap aje. Keluh-kesah bagai. Punyalah takut aku botakkan kepala dia. Hello, Ayana Zulaikha ni bertangan seni lah!
Bersungguh aku buat karya seni atas kepala Arryan. Sekejap ke kiri. Sekejap ke kanan. Terbongkok sana. Terbongkok sini.
Selepas beberapa minit, Ayana's Barbershop akhirnya menamatkan servis! Aku lihat hasil karya aku dari jauh. Tangan didepangkan ke udara dan...
"Tadaaaaaa!!!" Sorak aku gembira. Berpuas hati dengan hasil seni yang baru dilakukan. Hebat juga tangan aku ni. Arryan yang sedang bermain telefon akhirnya mengangkat wajah. Semerta, iris kelabu dia membundar. Terkejut!
Dia bangkit dari duduk. Kepalanya dibawa lebih dekat ke cermin. Tangan pula membelek-belek rambut baharunya.
"Ayana! What have you done to my hair?! Yana suruh abang pergi military ke apa?!" Jerit dia marah.
"Errr..." Gigit bibir. Kenapa? Salah ke?
Arryan cakap tadi dia nak potong rambut ikut gaya terkini. Paling hot lah kiranya. Bukan rambut macam ni trend sekarang ke? Ala-ala Park Seojoon dalam Itaewon Class? Park Saeroyi?
Arryan pandang aku dengan pandangan bengis. Mukanya merah padam. Tangan pula masih setia menutup rambutnya. Malu lah konon dengan rambut baru dia. Pigidahh!
"Abang tak cakap pun nak gaya macam ni!"
"Tapi abang cakap nak ikut trend. Ini lah trend rambut sekarang! Park Saeroyi! Annyeonghaseyo, Arryan Saeroyi ssi!" Aku menunduk hormat gaya orang Korea. Langsung tiada rasa bersalah sebab dah mempermainkan suami sendiri.
Sedaya upaya aku kemam bibir aku. Menahan tawa daripada meletus. Kelakar sangat muka tak puas hati Arryan! Hahaha!
Arryan kemam bibir. Cuba menahan marah daripada meletus. Dia meraup wajah.
"Daripada Yana potong rambut abang macam sayur ubi Yana tu, baik potong macam The Rock terus!" Dia panggil Park Saeroyi aku sayur ubi?! Tapi ayat terakhir dia lebih menarik perhatian aku.
Potong macam The Rock terus? Menarik!
"Hek eleh! Abang nak macam Dwayne Johnson ke?! Cakap lah lain kali! Hah, duduk balik. Senang je tu sebab The Rock botak. Meh sini Yana botakkan kepala abang." baru sahaja nak capai lengan Arryan supaya duduk kembali, dia sudah melarikan diri keluar dari bilik.
YOU ARE READING
Deep In My Heart
Action[First Story] Aku, Inspektor Ayana Zulaikha. Secara rasminya akan terlibat dalam operasi undercover bodyguard. Bodyguard? Aku tak kisah jadi apa pun tapi masalahnya kenapa mesti dia? Kenapa mesti dia yang menjadi majikan aku? "She don't know me? W...