Bab 25

2.1K 194 16
                                    

"ARRYAN! ARRYAN! ARRYAN!"

Ya allah. Apa jadi dekat sini sebenarnya?

Mata aku kembali meluaskan pemandangan. Sekeliling stadium yang disewa khas untuk festival sukan Empayar Alexander.

Semua pekerja dibawah syarikat Alexander dijemput hadir ke sini untuk sama-sama menangkap Kelam. Eh, tujuannya bukan semata nak tangkap Kelam tapi memang tujuan buat majilis ni nak memerhati dengan lebih dekat siapa individu yang nampak mencurigakan. Lebih kurang je kan?

Tangkap Kelam. Mengesan individu yang mencurigakan. Tak ke sama tu?

Nampak selfish kerana membahayakan nyawa orang lain tapi ada si pewaris kisah? Nak jugak buat majlis yang berisiko ini. Kalau dah kata A, tak adanya pilihan sampai B.

Menyusahkan betul. Mengingatkan itu, aku menjulingkan mata ke atas. Perangai macam sumpah-sumpah!

"So, who's the winner?" Suara garau yang mencelah di sebelah menyebabkan kepala aku tertoleh sama.

Arryan nampak santai tapi masih nampak segaknya. Baju tshirt lengan pendek berwarna biru cerah bersama seluar track hitam. Berkasut sukan berjenama lagi. Rambut juga tersisip kemas.

Sempurna.

Cukup untuk menggambarkan penampilan Arryan hari ini.

"Puas dah tatap anak teruna orang?"

"Huh?" Aku kembali ke dunia nyata. Hek eleh, baru nampak dia kacak sikit dah drooling. Sabar, Ayana. Kau lagi kacak dari dia harini.

Eh, tak adalah kacak. Cantik!

Hah, kan bagus tu confident level harus tinggi!

Aku kembali mengalihkan pandangan kepada sekeliling stadium. Ramai penyokong-penyokong sudah memenuhi tempat duduk penonton. Rasanya ini pekerja yang tidak menyertai sukaneka.

"Mana datang semua peminat awak ni?" Kembali ke topik asal. Semalam aku dah cabar Arryan kan? Siapa lagi ramai peminat. Dan kita sudah ada keputusannya!

Rata-rata semua pasukan sorak membawa banner bertuliskan pelbagai kata-kata semangat.

Go Tengku Arryan you can do it!

Dont give up, Keep it up, Tengku Arryan!

Tengku Arryan always the number one!

Paling menyampah banner yang tertulisnya..

"I love you Tengku Arryan? Seriously?" Wajah Arryan disebelah, aku jeling. Menyampah!

"Eh, itu macam tak ada dalam senarai. But i think someone is jealous" ejek Arryan.

"Jealous kepala otak lu..."

"Don't say that to your husband" serentak dengan itu, jari telunjuknya mendarat di bibir aku. Tergantung terus ayat aku.

Air liur ditelan perit. Husband? Sejak bila entah aku setuju nak kahwin dengan dia?

"Oh no no no. Takkan kau lupa kut?"

"Kau kena kahwin dengan aku"

"WHAT?!"

"Jangan terkejut sangat. Kau kena setuju juga. Aku takkan tukar deal aku"

"Tapi Arryan.."

"No tapi-tapi. Just agree. Deal?"

Wajah tak berperasaan Arryan menjadi tatapan aku. Kemudian kepala ditunduk. Sebarang kemungkinan difikirkan aku.

Deep In My HeartWhere stories live. Discover now