"Tengku Arryan!" Laungan itu datang dari sebelahku.
Lantas, kepala empunya nama berpaling ke belakang. Kepalanya terteleng-teleng mencari gerangan siapa yang menyeru namanya di tengah-tengah orang ramai ni. Sebaik sahaja bertemu pandangan dengan kami berdua, Arryan laju mendekati kami.
Hari ini dia tampil segak bersama suit kerjanya. Nampak lain sikit kerana semalam dia hanya berkemeja hitam. Arryan yang memakai kemeja putih dikenakan dengan coat hitam dipandang atas bawah. Peh, smart beb. Patutlah dia ramai peminat.
Tapi tak boleh lawan akulah.
"Sorry lambat. Tadi jalan sesak" Hilman terus meminta maaf. Senangnya maaf terluncur di bibir dia untuk lelaki bernama Arryan ni.
Aku nak minta maaf dengan dia? Huh, memang taklah! Tunggu dapat hidayah dulu.
"Its okay. Aku pun lupa nak cakap yang pagi ni aku kena jumpa klien. Kalau korang datang lambat lagi pun..."
"Datang lambat lagi pun tak apa kan? Hah, bagus sangatlah tu! Aku lapar ni, Man! Jom makan dekat mamak depan balai tu" hujung lengan baju Hilman dicapai lalu ditarik kasar. Tetapi Hilman langsung tidak berganjak dari tempatnya.
Aku berpaling. Merenung Hilman sedalam mungkin. Bebola mata memberi isyarat 'kalau kau tak ikut, tahulah nasib kau'. Nampak seperti Hilman tidak terkesan dengan isyarat mata aku.
Oh, dia tak takut heh? Nak kena ni.
"Excuse me?" Pegangan dilepaskan oleh seseorang. Serentak, aku dan Hilman menoleh ke arahnya.
"Aku rasa korang bukan suami isteri. So, tak payah berpegangan depan aku"
Eh eh mamat ni. Suka hati mak bapak dia je nak sound kitorang. Lagipun bukannya kami bersentuhan tangan pun! Eii, dia tu semalam selamba badak je sentuh tangan aku.
Datang dari perut siapa entah, dah lah baru jumpa dah berani pegang-pegang aku. Kecil besar kecil besar je aku tengok Arryan sekarang.
"Sorry, tengku..."
"Don't call me 'tengku'. It looks like i am arrogant..."
"Memang betul pun kan?" Mulut ditekup segera. Mata membulat dengan tindakan sendiri. Aduhai, mulut binasanya kamu!
"Err..." suasana menjadi janggal seketika. Arryan yang masih ralit merenungku. Hilman gigit bibir tak tahu nak cakap apa. Aku pula masih kekal menayang wajah selamba.
Aku terlepas cakap je. Cuba rilek?
"See? Aku dah cakap dah nanti ada orang fikir aku ni sombong. Yang panggil aku tengku pekerja aku je. Kau panggil lah panggilan biasa. Hei, kau ni macam baru first time jumpa aku apa citer?" Bahu Hilman ditepuk sekali.
Hmm, lain macam. Wajah Hilman yang tak cukup darah diperhati atas bawah.
Kau memang nak kena Hilman. Jadi selama ni dia berkawan baik dengan Arryan? Wah wah kau ni, Man. Kawan dengan anak ikan tak cakap dengan aku. Hebatlah kau!
"I'll explain" gerak mulutnya perlahan. Tidak menghasilkan suara. Khas untuk aku. Memang dia kena jelaskan pun! Tahulah nasib kau lepas ni!
"Okeylah, aku nak kena pergi ni! Korang tunggu dekat bilik aku. PA aku dah tahu pasal korang. Nanti aku datang..."
"Nanti?! Nanti tu bila?! Saat? Minit? Jam?" Potong aku sesuka hati. Mata sengaja dibesarkan.
"Inspektor Ayana!" Jerit Hilman seraya menutup mulutku. Aku meronta-ronta di dalam pegangan Hilman.
YOU ARE READING
Deep In My Heart
Action[First Story] Aku, Inspektor Ayana Zulaikha. Secara rasminya akan terlibat dalam operasi undercover bodyguard. Bodyguard? Aku tak kisah jadi apa pun tapi masalahnya kenapa mesti dia? Kenapa mesti dia yang menjadi majikan aku? "She don't know me? W...