"Arryan!!" Tubuh aku bangkit mendadak. Mata terbeliak luas manakala tangan di udara seperti sedang cuba menggapai sesuatu.
"Aku kat sini. Kenapa?" Kepala menoleh ke sisi. Arryan dan Lucas sedang elok duduk bersebelahan di sofa bertentangan dengan tempat aku berlabuh sekarang.
Arryan? Lucas? Jadi ini bermaksud.. tadi itu bukan mimpi? Kepala Arryan yang berbalut ditatapi dalam-dalam.
"Ya, kau tak mimpi. Kejadian semalam betul-betul berlaku. Dah tak payah tenung aku macam nak tembus" ujarnya mendatar. Dia ni tahu-tahu je aku tengah fikir pasal hal semalam.
Arryan diserang. Aku yang menolong. Arryan berdarah-darah. Lucas datang bersama limousin. Dan aku... yang menyertai mereka?
"Kenapa saya..." lidah kelu serta-merta. Otak cuba menganalisis apabila melihat kepala Arryan yang berbalut. Aku yang membalut luka di kepala Arryan itu! Dan aku tertidur? Semasa menunggu Arryan dan Lucas?
"Kenapa korang tak kejut..."
"Kau penat sangat semalam. Tak sampai hati aku nak kejut" potong Arryan lagi. Tak sampai hati? Ada juga perasaan dalam jiwa Arryan Alexander ni.
"Dah pukul berapa ni? Saya nak kena balik rumah siap-siap pergi kerja"
"Sembilan empat puluh lima pagi" balas Lucas mendatar. Aku berfikir sekejap. Sesaat, mata aku membuntang besar.
"9:45 pagi?!! Awak biar betul, Lucas?!" Wajah ketat jejaka kacak itu dipandang tanpa kelip. Lucas mengganggukkan kepala berkali-kali. Yakin dengan jawapannya.
"Wei.. wei. Aku dah lambat nak pergi kerja! Salah awaklah ni! Kenapa tak kejut saya?! Dah lah terlepas solat subuh! Saya ni jahil lagi tau! Makin bertambahlah dosa saya! Maafkan aku, ya allah! Ini semua salah hambamu yang bernama Arryan Alexander. Biar dia yang tanggung dosa aku..."
"Kau period"
"Huh?"
"Kau period. Jangan risau"
"Hei! Macam mana awak tahu?!"
"Lah, kau tak ingat ke malam semalam? Dalam kereta aku?" Soalnya lagi. Makin berkerut wajah aku di pagi hari. Malam semalam? Dalam kereta Arryan?
Kejadian malam tadi...
"Lucas! Awak ada air tak? Saya haus lah!" Leher yang dilindungi dengan tudung, aku usap-usap perlahan. Terasa perit kerana dibiarkan kering terlalu lama.
Lucas segera menghulurkan botol air mineral. Aku yang berada agak jauh darinya bangkit separuh ke hadapan untuk mencapai botol itu.
"Oh, crap" sayup-sayup aku dapat mendengar suara Arryan. Tubuh yang hendak duduk semula ditahan oleh Arryan. Kepala menoleh ke arahnya.
"Dah kenapa awak ni?"
"Kau..."
"Saya apa?"
"Kau bocor"
Terbelahak biji mata aku mendengar dua patah perkataan itu. Tubuh aku kaku di udara. Membeku serta-merta. Tidak tahu mahu bereaksi bagaimana.
Arryan nampak aku bocor! Eomma, mana tong sampah? Yana nak sorok muka! Malu!!
Arryan bertindak menanggalkan jaket di tubuhnya dan meletakkannya di atas tempat duduk aku. "Kau duduk atas ni"
"Tapi jaket awak..."
"Duduk je. Banyak lagi jaket macam ni dekat rumah aku"
Erk. Dia nak berlagak ke apa sekarang ni? Belum pun sempat membalas apa-apa, tubuh aku ditarik supaya duduk di atas kerusi berlapikkan jaket Arryan.
YOU ARE READING
Deep In My Heart
Action[First Story] Aku, Inspektor Ayana Zulaikha. Secara rasminya akan terlibat dalam operasi undercover bodyguard. Bodyguard? Aku tak kisah jadi apa pun tapi masalahnya kenapa mesti dia? Kenapa mesti dia yang menjadi majikan aku? "She don't know me? W...