Bab 29

2K 186 66
                                    

Hari ini genap seminggu selepas peristiwa aku berjumpa dengan Chris. Entah apa khabar dia. Agaknya dia sudah pulangkan ke belum motosikal yang dipinjam itu?

Eh pembetulan, motosikal yang 'dicuri' itu?

Harapnya sudah. Kasihan budak Food Panda tu. Macam mana nak kerja kalau motosikal kena curi kan?

Tiba-tiba telefonku berdering. Panggilan dijawab tanpa melihat nama.

"Puan Ayana! Saya ada berita gembira!" Suara disana menyambutku.

"Ya, Sarjan Irfan? Apa yang gembira sangat tu? Dah jumpa calon isteri ke?"

"Aip, apa puan merepek ni? Lagi gembira dari jumpa calon isteri! Saya dah dapat kesan lokasi Chris sekarang!"

Terus aku bangkit dari kerusi. Mata pula bersinar teruja. Akhirnya! Saat yang ditunggu-tunggu berkunjung tiba!

Beg aku capai sebelum disandang ke belakang badanku. Bersiap-siap hendak meninggalkan pejabat Arryan. Walaupun ada dua pasang mata memandang tapi aku tak peduli. Kaki selamba berjalan keluar dari bilik itu.

"Okey baiklah, awak share location dia dekat saya sekarang"

"Baik, puan. Tapi puan nak buat apa?" Soal Sarjan Irfan di hujung talian.

Aduh, dia ni. Boleh pula tanya lagi!

"Saya nak tangkap dialah!"

"Tapi bukan kita kena pergi..."

"Ahhh! Saya nak location dia sekarang juga!" Talian dimatikan dan aku menghidupkan motosikal berkuasa tinggi aku.

Bergema bunyi enjennya kerana kawasan parking VIP yang sunyi. Topi keledar dicapai sebelum memakainya. Gear ditekan sebelum motosikal berkuasa tinggiku membelah jalan raya.

"I'm coming, Chris"

_____

Aku tiba di sebuah gudang yang agak usang. Nampak sangat sudah tidak beroperasi. Pistol diletakkan di sebelah kocek. Dan aku memulakan langkah ke dalam gudang itu.

Riak wajahku langsung tiada senyuman. Yalah, nak pergi berjumpa penjenayah takkan kita nak beramah senyum pula kan? Lagi-lagi penjenayah ini sudah menembak satu-satunya pewaris Empayar Alexander.

Teringat akan hal itu, jari jemariku digenggam kemas. Aku akan balas balik, Chris. Kau tunggulah.

Pintu masuk gudang aku dekati. Tombolnya dipulas. Aik? Tidak berkunci. Biar betul Chris ni?

"Gudang lama. Memanglah tak kunci" aku membuat spekulasi sendiri. Entah betul ke tidak sebab sekarang tak ada masa nak fikir pasal itu. Yang penting, Chris dan lelaki misteri itu perlu diberkas harini!

Bukan esok, bukan lusa tetapi hari ini.

Titik.

Langsung, kaki aku berjalan dengan tenang ke dalam gudang. Mata diliarkan ke sekeliling supaya dapat mengesan sesuatu benda yang mencurigakan.

Krek!

Aku terdengar bunyi sesuatu dipijak dari arah kiriku. Lantas kaki aku memainkan peranan. Berlari selaju mungkin ke arah dari mana bunyi itu muncul.

"Chris! Berhenti!" Sampai sahaja di pintu satu bilik aku mengacukan pistol ke dalamnya.

Tiada siapa.

Habis tadi tu bunyi apa?

Tapi kejap, bilik apa ni? Perlahan aku mengatur langkah masuk ke dalam bilik yang agak gelap itu tetapi masih boleh nampak persekitarannya kerana cuaca di siang hari.

Deep In My HeartWhere stories live. Discover now