Bab 8

2.5K 217 8
                                    

Keluhan dilepaskan lagi. Daripada termenung membayangkan nasib aku esok, baik aku minum kopi di bawah.

Pintu bilik dibuka perlahan-lahan. Semasa menuruni tangga, kaki aku dijengket tinggi supaya tidak mengganggu tidur anak-anak saudara aku yang pasti nyenyak terlena.

Abang Ayden dan Kak Diana mesti sudah tidur juga sebab bilik mereka dah gelap tu. Baru separuh tangga aku turun, kaki aku berhenti melangkah.

"Ayden?"

Langsung, kepala orang dibawah mendongak. Nampak sahaja kelibat aku di tangga, bibir Ayden membentuk senyuman. Automatik, terukir lekuk di kedua-dua belah pipinya.

Lesung pipit

A dimple.

Ahh, aku paling suka hidden weapon Abang Ayden versi yang itu. Nampak sangat prince charmingnya. Dan dari situlah juga aku dapat lesung pipit aku.

Bezanya, Ayden punya lagi dalam. Geram je! Bukan macam Arryan Alexander tu! Muka acah berlagak je 24 jam. Huh, poyo je lebih.

Eh, kejap. Perlu ke bandingkan Arryan dengan Ayden? Tidak. Mereka tidak setanding. Abang Ayden jauh lagi charming. Agagaga..

Sampai sahaja di sofa, aku baringkan kepala aku di atas peha Ayden. Yahoo! Inilah masa untuk bermanja dengan abang sendiri. Sebelum ni susah sebab ada anak saudara! Maka anak-anak abang aku yang bermanja dengan dia. Aku ni terpaksa berlagak matang.

Abang Ayden mengusap kepala aku. Lagilah mood nak bermanja meluap-luap. Aku tersenyum nipis apabila dibelai sebegitu. Bila lagi kan?

Kepala aku dibaringkan menghadap siling rumah. Menghadap muka abang dari bawah. Manakala wajah abang masih tegak ke depan menghadap televisyen. Langsung, aku perasan akan riak wajahnya yang sugul.

Aku melihat jam di dinding. 1:45 pagi. Jarang dia tidur lambat macam ni. Hmm mesti ada masalah ni. Dan-dan aku ubah kedudukan aku kepada duduk bersebelahan abang. Dia langsung tidak menoleh kepada aku.

Sah gaduh dengan Kak Diana.

Macam mana aku tahu? Biasanya abang akan minta isterinya untuk menemaninya. 24 jam asyik berkepit je dua orang ni. Langsung tidak ada peluang aku nak menyelit.

"Gaduh dengan kakak ke?" Akhirnya Abang Ayden menoleh pada aku.

"Is it to obvious?" Soalan dibalas dengan soalan. Aku menggangguk untuk menjawab soalan abang. Sesaat, dia mengeluh.

"Kami kena balik rumah"

"What?!!" Tegak badan aku apabila mendengar kenyataan Abang Ayden.

"Shhhh...Anak-anak buah awak tidur tu" dia memukul lembut punggung aku dan menggamit tangan aku supaya kembali duduk. Bibir tersengih sendiri. Ter-over pulak.

"Tak payah terkejut sangatlah. Yana pun memang suka kan kalau abang balik?" ada nada merajuk dalam kata-kata abang. Hek eleh dia ni. Mengadanya.

Tapi ada betulnya. Kadang-kadang aku geram sangat dengan sifat overprotective dia.

Huish, sekarang kira dah okey sikit. Kalau zaman aku baru sedar koma, dia punya caring sampai nyamuk yang gigit aku pun dia kejar satu rumah. Punyalah geram dengan nyamuk sampai macam itu sekali tahu?

Walaupun geram aku tahu, abang buat semua itu untuk kebaikan aku juga. Dia tak nak tragedi beberapa tahun lepas berlaku sekali lagi.

"Habis tu apa masalahnya sampai gaduh?" aku menyoal. Tak nak jawab soalan Abang Ayden yang kalau aku jawab pasti dia akan terasa. Abang aku ini sudahlah hati tisu. Harap je sasa tapi hati sekeping.

Deep In My HeartWhere stories live. Discover now