Bab 34

1.9K 166 3
                                    

"Biar aku ikut"

"No. Tak payah"

"Yes. Aku ikut"

"No need."

"Need"

"Haihhhhh..." panjang keluhan beratku. Apalah masalah Hilman ni?

"Kau kenapa nak ikut aku sangat?"

"Kau kenapa tak bagi aku ikut sangat?"

Soalan dibalas dengan soalan. Lagilah dahi aku berkerunyut melihat perangai terdesak Hilman yang satu ini.

"Tak.. tak.. sekarang ni aku nak pergi makan je kenapa kau beria nak ikut?" Kening sebelah diangkat. Aneh sekali perangai Hilman yang ini! Lepas saja aku pulang dari syarikat Arryan tu, aku terus ke balai polis sebab nak buat report satu kes yang telah berjaya diselesaikan. Dah siap buat report, aku akan teruskan misi menjejaki Chris.

Seperti dalam nota tu tertulis, Chris nak berjumpa dengan aku malam ini di Kedai Makan Cik Tom pada pukul 9 malam. Aku akan pergi ke kedai itu selepas menunaikan solat isyak di surau tadi. Tetapi...

Di sinilah aku sekarang. Masih terkandas di meja kerja sendiri. Dek kedegilan Hilman yang sibuk mahu ikut aku! Arghh, pusing!

"Tak.. tak.. kau tu hah kenapa? Apa masalah kau? Aku nak ikut kau makan je. Aku lapar. Puas?" Jawab Hilman dengan kesinisannya.

Ceh dia ni. Nak marah aku pula. Nafas berat dihembus sekali lagi. Kenapalah banyak-banyak malam, malam ini juga Hilman nak ikut aku makan?

"Yalah yalah. Kau ikut. Tapi kau makan kedai lain" kata putus aku tanpa rela.

"Aik? Apahal pula? Kedai yang kau nak makan tu lelaki haram masuk ke?"

"Ahah! Yes! Lelaki haram masuk. So makan kedai lain okeys?" Mata terkelip-kelip comel. Memujuk Hilman supaya terima syarat aku. Biarpun tak secomel Hilman, tetapi aku cuba. Asyik aku sahaja yang cair dengan kecomelan dia. Sekarang, giliran Hilmanlah pula!

Hilman tayang wajah curiga kepada aku. Keningnya diangkat seinci sebelum teragak-agak mengganggukkan kepala. Barulah aku boleh bernafas dengan tenang. Fuh! Nasib baik dia percaya!

"Kau nak naik kereta sendiri ke tumpang aku?" Soal aku lagi sambil kaki menapak ke arah lif. Hilman juga membuntutiku.

"Hmm..lets see.."

Lama betul fikirnya. Nak naik kereta siapa je pun.

"Aku naik kereta sendirilah" akhirnya jawapan yang ditunggu keluar juga. Dah sampai depan kereta sendiri baru nak bagi jawapan.

Pang kang.

_____

Aku memberhentikan kereta kira-kira 20 meter daripada Kedai Makan Cik Tom yang sudah gelap itu. Aduh, janganlah ada makhluk-makhluk halus dalam tu.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi cermin kereta diketuk menyentak diriku. Aku menoleh, terpampang dengan jelas muka penyek Hilman yang dilekatkan ke tingkap sisi aku. Sangat buruk.

"Hilman Yusuf!" Jeritku di dalam kereta.

Aku ni sudah lah sedang gelisah memikirkan makhluk-makhluk halus yang mungkin berada di dalam Kedai Makan Cik Tom tu. Dia boleh pula buat muka salah seekor dari mereka! Alahai..

Kedengaran Hilman ketawa diluar sana. Kurang ajar betul. Lantas aku mematikan enjen dan keluar dari perut kereta. Sampai saja di luar aku memukul bahu Hilman sekuat hati.

Deep In My HeartWhere stories live. Discover now