"Luthfi, kenapa awak panggil saya your ugly queen?" soal aku ingin tahu. Teringin juga nak tahu kan? Aku rasa aku tak adalah hodoh sangat. Kira setanding lah nak kahwin dengan Arryan. Sama kacak, sama cantik. Gituw.
Hehe.
Arryan pandang aku sekilas. Pandang ke depan semula."Because you are ugly"
Aku merengus geram. "Masa hari nikah kita pun awak tak puji saya cantik! Asyik ugly je. Saya ni buruk sangat ke?"
"Sedar pun!"
"Eish, Luthfi! Betul-betul lah!" Lengannya aku goyang-goyangkan.
"Hey, lepas! Nanti accident macam mana?!"
"Tak apa kita accident sama-sama" Jawab aku mudah. Arryan menjulingkan mata dia.
"Okay, i will answer you. After you let me go" Sepantas kilat aku melepaskan pegangan. Dia jeling aku yang sedang tersengih.
"Entah. I just want to call you ugly."
"Jawapan tak relevan! Kosong markah untuk Arryan Luthfi bin Ebrahim!" Bangkang aku pantas. Terdengar keluhan berat dari sebelah aku.
"Asyik puji orang je. Tak bosan ke? Sekali-sekala kita kutuklah pula orang yang kita sayang ni. Bagi pujian aku mahal sikit. Kan special ni aku bagi nama panggilan untuk kau"
"Okaylah. Bolehlah, special lah juga ugly queen tu" Sokongku dengan menekan sedikit part 'ugly queen'.
"Hah, nak aku puji kau tak sekarang? Aku bagi can ni"
"Nak nak!!!" Laju saja mulut membalas. Mata bersinar-sinar teruja. Kesian aku. Laki sendiri nak puji pun kena minta. Nasib baik sayang.
"You'll always be the one and only..." Arryan buat gaya pura-pura berfikir.
"My ugly queen!!"
"Arryan!!!"
Arryan gelak terbahak-bahak selepas itu.
______
Aku buka mata. Kemudian, menguntum senyuman manis.
"Ugh, my weird Ayana is back. Ada ke patut lepas sedar pengsan, senyum tiba-tiba?" Satu suara membuat aku menoleh ke sisi kanan katilku.
Arryan. Menyilang tangan. Dengan mata tajam menikam aku. Tak sempat menghalang, bibir aku senyum lagi.
"See? Stop smiling. You're making me scared of you" Kata Arryan lagi. Aku bangkit dari baring dan bersandar di belakang katil.
Wajah yang manis dengan senyuman tadi berubah serta-merta. Kosong dan dingin.
"Keluar." Dari ekor mata dapat aku mengesan raut wajah Arryan yang terkejut. Tidak menyangka aku akan berubah sedingin ini?
"Ayana..."
"Aku tak nak tengok muka kau lagi. Kau keluar sekarang!!" melenting aku. Selimut yang membaluti diri aku tarik-tarik. Melempiaskan kemarahan di situ.
Bunyi kerusi bergerak menarik perhatian aku. Arryan betul-betul keluar ke? Aku menoleh. Semerta bebola mata aku membulat.
Arryan melutut!
"I don't deserve your forgiveness but please.. please.. let me explain. Tolong dengar penjelasan..."
"Penjelasan apa lagi?! Kau nak apa lagi?! Tak cukup lagi ke apa yang kau buat dekat aku beberapa tahun lepas?!" tengking aku lagi. Nafas mendengus-dengus keluar dari hidung aku.
YOU ARE READING
Deep In My Heart
Action[First Story] Aku, Inspektor Ayana Zulaikha. Secara rasminya akan terlibat dalam operasi undercover bodyguard. Bodyguard? Aku tak kisah jadi apa pun tapi masalahnya kenapa mesti dia? Kenapa mesti dia yang menjadi majikan aku? "She don't know me? W...