hero muncul bab ni okay tu je nak cakap🙂
Mata terbuka luas. Terus aku duduk sembilan puluh darjah. Kejadian dalam mimpi tadi kembali menerpa ingatan. Tetapi takkanlah aku nak buat tindakan gila tu kut? Ah, mustahil!
Eh, aku dekat mana ni? Dahi berkerunyut melihat keadaan persekitaran. Pandangan diliarkan ke sekeliling ruang.
Bermula daripada katil bersaiz king yang sedang diduduki. Sebuah kabinet putih. Pintu yang memisahkan antara satu lagi bilik. Meja kerja yang terletaknya macbook. Hampir semua barang di dalam bilik ini berwarna putih dan hitam.
Sehinggalah mataku terhenti pada sekujur tubuh yang sedang elok bercekak pinggang. Matanya pula mencerun tajam ke arah aku.
Sesaat, aku meneguk air liur. Walaupun aku tidak pasti kenapa aku kecut dengan figura tersebut. Tanpa membuang masa, gebar yang membaluti tubuhku diselak dan kaki menyarung kasut di bawah.
Tubuh yang bercekak pinggang tadi, tidak dipedulikan. Kaki selamba menapak ke sekeliling bilik itu. Mewah sekali.
Bilik siapalah agaknya?
"Kau gila heh Yana?" Tangan yang cuba memegang sesuatu terkaku di udara.
"Aku tanya ni. Kau gila ke?!" Bahuku kemudian direngkuh kasar dari belakang. Tubuhku dibawa menghadap berdepan dengan Hilman.
Wajah kemerahan menahan marah Hilman diperhati tanpa perasaan. "Yang kau keluar macam orang bodoh dari kereta tu apahal?! Aku cakap kita dah nak sampai! Bukannya dah sampai! Tengok sekarang apa jadi dekat kau?!"
Siku tangan kananku dicapai sebelum diangkat betul-betul di depan mata. Ada handy plus yang dilekatkan. Jadi luka? Tapi bagaimana?
Ah, mimpi tadi bukan sekadar mimpi? Ia ialah bayangan apa yang telah aku lakukan. Ya, tindakan gila seperti yang Hilman katakan.
Macam orang bodoh keluar kereta. Hilman hanya kata 'dah nak' sampai, tetapi dengan selambanya aku membuka pintu kereta. Ahh! Buat hal lagi aku ni. Menyusahkan je.
Tapi kalau dah jatuh kereta, takkan luka setakat ni je? Yalah, kalau aku jatuh semasa kereta berhenti logiklah luka setakat di siku tetapi ini jatuh semasa kereta sedang bergerak!
Paling tak pun, salah satu tangan aku akan patah!
"Ada someone special selamatkan kau" serentak dengan itu, siku aku dilepas kasar.
Hilman senyum senget sebelum keluar dari bilik itu meninggalkan aku terpinga-pinga seorang diri.
Someone special? Siapakah?
Telinga menangkap bunyi sesuatu. Sepantas kilat, aku memusingkan badan. Menghadap katil bersaiz king yang menjadi tempat beraduku tadi.
Dan-dan dahiku berkerut seribu. Kelihatan ada seorang lelaki sedang meratakan tempat pembaringanku tadi. Senang kata, dia meratakan cadar dan gebar yang terselak juga dikemaskan sekali.
Ceh, cara dia macam aku ni selekeh sangat. Tak boleh jadi ni! Siapa dia? Kenapa dia beria nak kemaskan tempat baringku tadi? Pembantu rumah ke?
YOU ARE READING
Deep In My Heart
Action[First Story] Aku, Inspektor Ayana Zulaikha. Secara rasminya akan terlibat dalam operasi undercover bodyguard. Bodyguard? Aku tak kisah jadi apa pun tapi masalahnya kenapa mesti dia? Kenapa mesti dia yang menjadi majikan aku? "She don't know me? W...