Bab 71

2.1K 195 62
                                    

Beberapa bulan kemudian...

Pintu kereta aku tutup perlahan. Kemudian, mulut menguap macam singa kelaparan. Aku lap tubir mata yang berair.

Fuh, ngantuknya wei! Jam di tangan aku lirik sedikit. Sudah menginjak pukul 3:30 pagi. Mungkin Arryan dah tidur kut. Aku tak pernah pulang selambat ini. Biasanya pukul 3 pagi paling lambat.

Kasihan Arryan. Kaki segera melangkah ke rumah banglo kami. Pintu rumah dikuak dan ditutup seperlahan mungkin. Takut Arryan yang mungkin sedang lena terjaga.

Setelah pintu tertutup rapat, aku berjalan ke arah sofa ruang tamu lalu melempar tubuh ke atasnya. Ruang tamu dah gelap ni mungkin Arryan dah tidur di atas. Lengan kanan diletakkan di atas dahi.

Baru sahaja nak terlelap, dapat aku rasa sofa bergerak-gerak. Menandakan ada seseorang berbaring sama di sebelah aku. Nasib baik sofa ni memang cukup luas untuk dua orang baring. Alahai, Arryan ni pun!

Bibir menguntum senyum tetapi mata tidak dibuka. Badan mengereng menghadap dia di sisi dan tangan mendarat di pinggangnya. Begitu juga dengan orang di hadapan aku.

"Kenapa tak tidur lagi?"

"Waiting for my sweetheart."

Senyum aku mati. Keadaan hening seketika antara kami.

"Sweetheart? Kenapa diam? Dah tidur ke?" Orang itu bertanya apabila lama aku berdiam diri. Aku membuka mata. Walaupun dalam keadaan gelap macam ni aku tahu. Mata Arryan sedang merenung aku dengan pandangan keprihatinan.

Geleng.

"Kenapa ni? Ada masalah ke?" Soal Arryan lagi. Dia ni tahu aje kalau aku ada masalah. Maklumlah, aku ni banyak mulut. Kalau berjumpa dengan Arryan, macam-macam cerita aku kongsi kepadanya.

Arryan pun tak kisah. Dia lagi suka. Good listener lah katakan ya.

"Abang nak Yana berhenti kerja tak?" Sayup-sayup cadangan aku bergema.

"What?! Are you insane, Ayana?!"

Tu dia! Kena insane terus dengan suami sendiri.

"Tak. Yana siuman lagi. Yana cuma kesian tengok abang berjaga malam sebab nak tunggu Yana balik. Patut tak Yana berhenti kerja supaya kita ada banyak masa terluang?"

Arryan mengeluh kasar. "Yana, tolong fikir rasional sikit. Abang sendiri yang nak tunggu Yana balik. My choice! Tak ada kena mengena dengan Yana. Tak payahlah sampai korbankan kerja kesayangan Yana tu."

"Tapi abang.."

"Abang buat Yana rasa bersalah ke? I'm sorry okay? Tak ada niat nak buat Yana rasa macam tu. Abang cuma nak tunggu Yana balik dengan selamat aje."

Tak tak. Kenapa dia pula yang minta maaf ni? Aduh, runsing lah berunding dengan Arryan ni. Sejak aku telah mengingati semuanya, dia punya prihatin tu terlebih sangat! Overprotective lah katakan.

Kau bayangkan sebelum aku hilang ingatan, dia overprotective juga tapi lepas hilang ingatan ni extra overprotective! Tepuk dahi!

"Kalau macam tu, abang akan tunggu Yana sampai pukul 1 pagi aje. Hah, amacam? Setuju?"

Kalau 1 pagi, Arryan akan bangun tidur pada pukul 5:45 pagi. Jadi masa dia tidur hanya selama empat jam empat puluh lima minit! Tak cukup!

Deep In My HeartWhere stories live. Discover now