"What are you doing there?"
Gulp!
Tunggu sekejap. Kau tak sepatutnya takut Ayana. Kenapa kau nak takut sedangkan kau tak buat salah apa-apa? Tapi.. tengok dari riak wajah Arryan dan Lucas sekarang ini.
Nampak macam aku yang bersalah! Argh, frust!
"I'm asking" Aku angkat kepala akhirnya. Teguk air liur sekali sebelum menjawab.
"Rumah saya dekat-dekat situ. Tadi saya pergi jumpa kawan-kawan saya. Saya memang akan lalu kawasan situ kalau nak balik rumah. Lepas tu saya..."
"I don't want to hear that"
Aik? Habis tu?
"Kenapa kau tak pergi bila aku suruh kau pergi? Kenapa kau tolong aku? Kenapa. Kau. Masuk. Campur?" Setiap kali selesai satu soalan, Arryan akan mendekatkan jarak wajah kami.
Hanya tinggal beberapa inci sahaja sebelum hidung kami bersentuh. Aku tentang matanya dengan berani. Walaupun ada secalit rasa gerun tetapi cepat-cepat aku padam. Kau tak perlu takut Ayana! Kau tak bersalah!
"Awak nak tahu kenapa saya tak pergi? Kenapa saya tolong awak? Kenapa saya masuk campur?" Arryan angguk. Dia kembali ke posisi asal. Duduk bersandar di sisi aku. Aku pandang dia di sisi.
Jantung yang berdegup kencang akibat tindakan Arryan tadi cepat-cepat aku tenangkan. Gila Arryan ni! Kalau dia dekatkan lagi jarak kami tadi, sah satu ciuman mendarat!
"Easy. Because i care for you" Ucapku berlagak tenang. Tangan disilang. Arryan pula nampak terkesan dengan jawapan aku. Tetapi cepat-cepat dia tukar reaksi wajahnya kepada dingin semula.
"Sesiapa sahaja yang berada di tempat saya akan lakukan perkara sama. Common sense right? Tengok orang dalam kesusahan, mesti kita tolong kan?" Sambung aku lagi.
Arryan senyum sinis. "No. Before this, tak ada siapa peduli kalau nampak aku dibelasah. So, this is not even common sense. Because they know me well." Agak pelik di situ. Apatah lagi Arryan mengatakannya dengan riak dingin. Kosong. Sarkastik.
Arryan petik jari sekali. Muka macam baru lepas tersedar sesuatu. Sangat. Plastik.
"Its seems like you don't know me yet. Then let me introduce first. I am.." Dia menoleh kepada aku. Air liur ditelan pahit. Pandangan mata dia.
Sangat. Misteri. Sangat. Tersirat.
Siapa? Siapa Arryan yang sebenarnya?
"Tengku Arryan Alexander Tengku Adam Alexander" tuturnya dingin sehingga menyebabkan bulu roma aku menegak. Wajahku berderau. Sangat tidak menyangka identiti sebenar Arryan.
Oh. My. God.
What have i gotten myself into?
_____
Sejak kejadian hari tu, aku tidak lagi berjumpa dengan Arryan. Senang kata, putus hubungan. Tapi aku dengan dia mana ada apa-apa hubungan! Hmm, tak apalah. Kita anggap saja berakhir di situ perkenalan kami berdua.
Kecewa? Tipulah kalau aku cakap aku tak kecewa. Ada sikit rasa terkilan tetapi buat apa simpan lama-lama? Orang tak nak kawan dengan kita, yang kita terhegeh-hegeh apa kes?
Move on.
Sekali lagi, aku melancarkan proses move on dalam hidup aku. Kali pertama ketika kisah sedih eomma meninggal dunia pada hari lahir aku. Kali kedua ialah sekarang.
Tetapi di lubuk hati yang terdalam ini, aku tidak mahu move on. Aku masih mahu mengekalkan kenangan-kenangan kami berdua. Kerana bagi aku, setiap kali berjumpa dengan Arryan secara berdepan adalah saat-saat terindah bagiku.
YOU ARE READING
Deep In My Heart
Action[First Story] Aku, Inspektor Ayana Zulaikha. Secara rasminya akan terlibat dalam operasi undercover bodyguard. Bodyguard? Aku tak kisah jadi apa pun tapi masalahnya kenapa mesti dia? Kenapa mesti dia yang menjadi majikan aku? "She don't know me? W...