Hampir serentak dua kepala di kiri dan kanan menoleh ke arah aku. Wajah masing-masing terpampang keanehan terhadap bunyi yang terhasil dari jam canggih milik aku.
"Ayana?" Seru Hilman.
"Sunhine, even tengah makan pun kau sakit jantung juga ke?" Soalan berbaur perlian itu dibalas dengan jelingan. Tak tahulah sama ada dia mengambil berat atau mengejek aku.
Smart watch ni memang tak guna. Lepas ni memang taklah aku nak pakai kau! Jam di pergelangan tangan ditanggal seraya dimasukkan ke dalam kocek seluar. Sengih ditayang selamba.
"Rosak kut. Hehehe" makanan di depan terus dijamah. Dari tadi tak sentuh dah sejuk dah makanan aku. Ini pun sebab nak cover malu punya pasal. Pergh, malu beb!
Balik rumah nanti tahulah aku nak buat apa dekat jam ni. Bakarlah apa lagi?!
Nasib baik Hilman dan Arryan tak tanya lebih-lebih. Jantung aku ni pun satu. Apahal setiap kali tenung muka Arryan, mesti berdebar lain macam?! Arghh, tak nak fikir! Serabut kepala.
"Okeylah, jom kita masuk pejabat aku. Bincang apa yang patut"
What the hell? Aku baru sentuh makanan aku kot? Dia nak ajak sambung kerja? Aku mengangkat wajah. Baru hendak membantah, kedengaran kerusi di sebelah kanan ditolak.
Hilman sudah pun berdiri membuntuti langkah Arryan yang sedang menuju ke pintu keluar. Wait wait... diorang tinggal aku?!
Warghh, eomma! Nak nangis.
Aku mengambil beberapa suapan terakhir. Jus epal yang tinggal separuh dihirup pantas sehingga gelas itu kosong. Sepantas kilat, beg silang diambil dan aku berlari mengejar jejaka-jejaka tak guna tu.
"Lajunya!"
"Nanti jangan lupa tangkap gambar dengan kami semua tau!"
"Dah habis kerja jumpa kami semua di lobi!"
Kepala dipusing sekejap ke kiri sekejap kanan untuk membalas jeritan orang sekeliling kafe dengan senyuman manis aku. Lagipun aku kena berpura-pura aku ni bukan Ayana Zulaikha yang mereka kenal.
Walaupun sudah jelas lagi nyata yang aku ni Ayana si Olahragawati Malaysia yang menghilangkan diri beberapa tahun lepas. Tetapi selagi aku boleh lindungi identiti aku, aku akan lindungi!
Sebaik sahaja kepala menoleh ke depan..
Buk!
"Adoi!"
Sepantas kilat, sepasang tangan melingkar di pinggang aku lalu menarikku ke dalam pelukannya. Kepalaku mendarat tepat-tepat di bahu empunya tangan yang menarik aku tadi.
Arryan Alexander! Ah, aku tak suka panggil dia Tengku Arryan Alexander. Suka hati akulah nak panggil dia apa. Korang kisah buat apa?
Terkebil-kebil biji mataku saat terperangkap di dalam pelukan itu. Otak cuba memproses apa yang berlaku tadi. Semuanya berlaku dengan pantas!
Aku yang terhantuk pada sesuatu objek keras dan melantul semula. Kemudian, Arryan menarik aku ke dalam pelukannya. Eh kejap. Jangan cakap objek keras yang aku langgar tadi badan Arryan?
Peh, patutlah keras semacam! Boleh benjol kepala gua.
Arryan menarik aku keluar daripada pelukannya. Kedua-dua tangan diletakkan di kiri dan kanan bahuku. Iris kelabu itu lunak memanah segenap wajahku. Tubuhku pula tercengang bagaikan manikin di dalam pegangannya.
"Are you alright, sweetheart?"
Zup!
"Oh no. Badan aku keras sangat ke sampai kau menangis? Tu lah, lain kali lari tengok depan! Jangan terteleng-teleng tengok kiri kanan!" Aku mengerutkan dahi mendengar omelan Arryan. Sesaat, mataku membulat selepas memahami teguran Arryan.
YOU ARE READING
Deep In My Heart
Action[First Story] Aku, Inspektor Ayana Zulaikha. Secara rasminya akan terlibat dalam operasi undercover bodyguard. Bodyguard? Aku tak kisah jadi apa pun tapi masalahnya kenapa mesti dia? Kenapa mesti dia yang menjadi majikan aku? "She don't know me? W...