" Yana... Yana.." seruan itu mengejutkan aku dari lena. Perlahan-lahan aku membuka mata yang terasa beratnya. Macam dah lama sangat tidak dibuka mata ini. Beratnya ibarat beratus-ratus syaitan bertenggek di atas kelopak mataku.
Jangan-jangan aku dah mati?! Cakaplah suara menyeru-nyeru tadi suara malaikat munkar nakir?! Tapi kan...Kenapa suara mereka macam Hilman? Dahi aku berkerunyut apabila mendapati Hilman di sisi aku.
Suasana di persekitaran pun terasa seperti di dalam wad hospital. Eh takkan alam kubur macam ni kut?
Sepantas kilat, badan aku menegak. "Eh eh Ayana!" Terkejut Hilman.
"Kau munkar ke nakir?"
"Woi! Kepala otak hang! Aku ni Hilman Yusuf bin Iskandar. Boyfriend kau ni! Bukannya malaikat!" Dengan selamba, Hilman menyiku kepala aku. Wah dia ni. Makin menjadi-jadi. Aku tengah sakit pun selamba je dia sikukan aku.
Tapi apa yang berlaku sebenarnya? Perlahan-lahan otak aku cuba mengingati apa yang berlaku. Semerta mata aku membuntang. Mulut melopong luas.
Kepala automatik terteleng-teleng mencari gerangan yang terlintas di fikiran. Setelah memeriksa di segenap ruang bilik, aku mengalah. Tiada langsung bayang seseorang yang difikirku sekarang.
Kepala menoleh pada Hilman semula. "Mana Abang Ayden?" serta-merta riak wajah Hilman berubah tiga ratus enam puluh darjah.
Keruh.
Bagai memahami reaksi Hilman aku menggelengkan kepala. Tak, tak! Tolong jangan cakap benda tu Hilman! Aku tak nak dengar!
"Mana Abang Ayden, Man!" bahu Hilman dicengkam aku. Walaupun lengannya agak sasa tetapi dengan jari yang runcing dan panjang ini memudahkan aku mencengkamnya muat-muat.
"Mana dia?!" kali ini bahunya digoncang kuat aku.
"Ya ya! Aku bagitahu tapi lepaskan aku dulu!" serentak Hilman menepis tangan aku yang mengurungnya. Pegangan aku terlepas tetapi mata aku masih tajam merenungnya. Cepat bagitahu aku!
"Abang Ayden kau ada.."
"Ada dekat mana?!"
"Adalah dekat sana!" terkejut dek jerkahan aku, kelam-kabut dia menjawab. Aku yang masih tidak berpuas hati dengan jawapan Hilman kembali mencengkam bahu kawan aku itu. Kemudian, digoncangkan ibarat patung melepaskan geram. Ya, aku geram sangat dengan Hilman sekarang. Bagitahu jelah mana abang aku!
Kenapa dia beria takut-takut nak jawab? Argh! Aku tak suka melihat reaksi kecut Hilman tu. Seperti membawa maksud yang tidak terfikir dek akalku.
"Ayana Zulaikha!" serentak goncangan aku terhenti, figura yang menjerit nama aku itu meluru pada aku dan menolak Hilman ke tepi lalu memeluk aku kemas. Kepala aku tersadai di atas bahunya.
"Arryan... kenapa ni?" tergagap-gagap aku cuba berkata. Lidah yang kelu tidak mampu berkata apa-apa dan aku memberi isyarat mata pada Hilman. Hilman pula tampak clueless lalu menggelengkan kepala.
Aiseh, menipu tak teragak-agak.
"Bagitahu jelah kenapa?!" aku yang kembali geram dengan Hilman terjerit tiba-tiba.
Mungkin tidak menduga dengan jeritan aku, Arryan melepaskan pelukan. Wajahnya tampak terkejut. Kuat sangat ya aku jerit? Padan muka siapa suruh pandai-pandai peluk anak dara orang!
"Eh kejap" tangan aku diangkat ibarat polis trafik. Terkebil-kebil Hilman dan Arryan menunggu ayat aku seterusnya. "Kenapa korang berdua pakai baju melayu ni? Dua-dua pakai songkok pula tu. Nak cakap hari ini hari jumaat, bukan hari ini hari isnin?" kening aku diangkat sebelah.
YOU ARE READING
Deep In My Heart
Action[First Story] Aku, Inspektor Ayana Zulaikha. Secara rasminya akan terlibat dalam operasi undercover bodyguard. Bodyguard? Aku tak kisah jadi apa pun tapi masalahnya kenapa mesti dia? Kenapa mesti dia yang menjadi majikan aku? "She don't know me? W...