Bab 60

2.1K 213 14
                                    

"Aku minta maaf"

Kepala menoleh ke sisi. Arryan pandang aku dengan mata yang sedih. Suram sahaja wajahnya sekarang. Aku tersenyum.

"Tak ada benda yang saya kena maafkan dan tak ada benda yang awak perlu minta maaf. Benda dah jadi dah pun..."

"But still. Disebabkan aku, kau terlibat sekali dengan benda kotor macam ni. I'm very very sorry" Dia meraup rambut ke belakang. Jelas riak rasa bersalah di wajahnya. Kemudian, dia menutup wajahnya dengan kedua tapak tangan.

Aik, mana Arryan yang bengis marah-marah aku hari itu? Yang kaki sindir je kerjanya. Kenapa tiba-tiba berubah kepada berperikemanusiaan pula dia ni?

"I want my Arryan back"

Arryan angkat wajah. Berkerut.

"Yang kaki saiko. Kaki paksa. Hah, bagi balik Arryan versi itu. Saya tak nak Arryan yang cengeng ni. Tak syok!" Aku menadah tangan kepadanya. Muka acah-acah serius.

Arryan diam sekejap sebelum tersenyum lebar. Dia ketawa kecil. Melihat Arryan sudah kembali tersenyum, aku turut tersenyum.

"Kalau nak aku jadi macam tu, nanti kau juga yang annoying." Jelasnya pendek. Bibir masih lagi tersungging senyum senget. Kali ini dah tak annoying, lagi suka ada lah! Smirk.

"Wow! Abang Ar! Siapa ni?!" Tiba-tiba ada satu suara perempuan mencelah. Semerta, sofa di hadapan aku diisi dengan kewujudannya. Diikuti seorang lelaki duduk di sebelahnya.

Terkebil-kebil aku melihat mereka berdua. Cantik dan kacak! Adik-beradik Arryan ke? Aku pandang Arryan, bebola mata bergerak menunjuk dua orang di hadapan. Bagai baru tersedar sesuatu, bibir Arryan membentuk bulatan.

"Oh, ini Ayana. Kawan...."

"Oh my god, Abang Arryan! I approve! Don't worry. Kalau daddy tak setuju, Qay akan paksa daddy sampai dia setuju. Abang tahu kan yang daddy paling lemah dengan pujuk rayu Qay? Arghh!! I can't wait! Bila tarikh nikahnya?!"

Uhuk! Uhuk!

Tercekik air liur aku dibuatnya. Tepuk dada berkali-kali. Menghilangkan perit di dada. Kejap, aku tercekik air liur kenapa dada yang perit. Okey itu pelik.

Arryan pula dengan prihatinnya menghulurkan segelas air masak yang entah datang dari mana. Terus aku meneguknya rakus.

"Awww, so caring! Kan betul Qay cakap yang Abang Ar ni husband material. Sebab tu Qay nak cari bakal suami macam Abang Ar! Untunglah Kak Ayana.."

Sekejap, sekejap. Boleh tak sesiapa seletip mulut gadis bernama Qay tu? Aku rasa mulut dia kena sampuk dengan jin ni.

"Qay, can you stop talking? Noisy" Lelaki di sebelah Qay menegurnya. Tapi mata masih menghadap telefon pintar. Qay diam serta-merta.

"Biarlah! Kalau tak nak dengar apa-apa, pergi kubur sana! Senyap. Sunyi. Memang tempat macam tu sesuai dengan you kan?" Qay membalas lancar. Uish.

"Kalau aku duduk sana, kau juga yang murung nanti" Lelaki itu menjulingkan mata ke atas. Aku senyum kecil. Siapa mereka berdua ni? Boyfriend girlfriend ke? Macam bukan sebab nampak tak sebulu di situ.

Si perempuan diva, si lelaki dingin nak mampus.

"Yang perempuan tu, Uqaira namanya. Seorang lagi, Aqryan. Mereka kembar sepasang. Tak seiras." bisik Arryan tiba-tiba di sebelah. Aku menoleh bersama mata membuntang.

"Kembar?!" Jerit aku terkejut. Kemudian, tutup mulut pantas. Bila aku pandang depan semula, Uqaira dan Aqryan dah pandang aku semacam.

"Err.."

Deep In My HeartWhere stories live. Discover now