Kes ini hampir sampai ke penghujungnya. Chris telah diberkas. Hanya tinggal sang ketua sahaja.
Hari kejadian aku dikurung dalam bilik sejuk beku itu, hari itu jugalah Chris ditemui. Siapa yang jumpa dia? Siapa lagi kalau bukan hero malaya kita, Arryan Alexander.
Dia sempat memberi habuan kepada Chris sebelum menemui aku. Terima kasihlah dekat dia. Arryan banyak sangat membantu dalam kes ini walaupun dia mangsa keadaan. Akhirnya, Chris berjaya juga diberkas kami.
Bukan sahaja Chris, malah rakan seperjuangan dia juga berjaya diberkas kami. Paling mengejutkan, rakan seperjuangan dia ialah Fahrin!
Jadi betul lah sangkaan Hilman. Fahrin bukan lelaki yang baik dan boleh dipercayai. Siapa sangka? Lelaki yang dulu mendapat gelaran Olahragawan sekolah merangkap pesaing aku adalah teman seperjuangan Chris!
Kata Fahrin, Chris kutip dia di depan syarikat Alexander. Sedang menangis macam orang tak betul. Yalah, baru lepas kalah perebutan aku dengan Arryan. Mana tak koyak?
Sampai menangis budak itu dibuat Arryan?
Lagi satu, Fahrin datang syarikat tersebut kerana dia ada dengar ura-ura aku bekerja di situ. Jadinya, dia saja menyamar jadi pekerja di situ sebab nak jumpa aku. Sanggup betul demi cinta monyet dia. Tapi itulah...
Menyamar sekejap dah kena pecat.
Sebaik saja mendengar penjelasan daripada Fahrin tadi, aku membuat spekulasi. Fahrin tiada kena mengena dengan Red Eye. Dia hanya nak membalas dendam tentang hari kejadian yang Arryan memalukan dia 'dipecat' depan khalayak ramai. Dan kebetulan, Chris datang membantu waktu itu.
Dan dendam itu terbalas selepas dia berjaya menembak Arryan ketika festival sukan. Tetapi sayang, tembakannya tersasar sedikit. Maklumlah tak pernah guna pistol.
Ah, macam manalah Fahrin boleh tersangkut dengan apek mata sepet tu? Mentang-mentang dia kaya, Fahrin terpedaya begitu saja?
Manusia....manusia. Haih.
"Hei, buat apa mahu jumpa ini budak?" Suara itu mematikan lamunan aku. Mata mengambil perhatian kepada Chris yang sedang dipaksa duduk berhadapan aku.
Setelah berjaya didudukkan, Chris menyilangkan tangan. Dah masuk penjara pun, masih nak berlagak? Huh.
"Lu mahu tanya apa?!" Soal dia dalam tak rela. Pandang wajah aku pun tak nak.
"Mana Kelam" senada. Tiada emosi yang tercalit. Mata juga merenung Chris tajam. Bagai memberi maksud 'Kalau kau tak jawab, tahulah nasib kau'.
Chris akhirnya menoleh kepada aku. Dia terdiam lama sebelum berkata perlahan, "Your eyes"
Aku mengerutkan dahi. "Yes, kenapa dengan mata aku?" Layan sajalah Chris ni. Boleh hilangkan perasaan meluat dia tu.
Chris tersenyum sinis "Same"
"Aku rasa kau dah boleh jawab soalan aku tu. Atau kau nak aku ubah soalan? Okeylah, siapa Kelam? Siapa bos kau tu!" Suara aku dinaikkan satu oktaf. Fikir dengan menggunakan cara lembut tadi Chris akan menjawab.
Ternyata tidak. Dia sengaja tukar topik lain supaya aku lalai ya? Huh, kau ni memanglah Chris.
"Hey, cuba tenang. Kalau lu marah-marah, gua tak nak jawab"
Main tarik tali pula dia. Eii, nasib baiklah ada setipis lagi tahap kesabaran aku. Kalau tak memang dah lama badan apek ni dihiris buat sup! Biar padan muka.
Mata terpejam sesaat. Cuba mengambil nafas. Kau kena sabar, Ayana. Berdepan dengan manusia macam dia kena banyakkan berzikir.
Astaugfirullahalazim. Astaughfirullahalazim.
YOU ARE READING
Deep In My Heart
Action[First Story] Aku, Inspektor Ayana Zulaikha. Secara rasminya akan terlibat dalam operasi undercover bodyguard. Bodyguard? Aku tak kisah jadi apa pun tapi masalahnya kenapa mesti dia? Kenapa mesti dia yang menjadi majikan aku? "She don't know me? W...