Bab 7

2.5K 216 13
                                    

"Man, aku tahu kau kenal someone yang Arryan cakap tadi. Baik kau bagitahu aku sekarang!" Kolar baju Hilman dicengkam kasar. Badan Hilman pula ditolak supaya bersandar pada pintu kereta. Mata dikecilkan sedikit.

"Someone? Someone mana ni?!" Jerit Hilman kalut. Dia cuba melepaskan diri tetapi semakin kuat diketatkan cengkaman dilehernya.

"Someone yang ajar Arryan gelak tu lah!"

Hilman terdiam. Rontaan terhenti serta-merta. Perlahan-lahan dia mengukir senyum nakal di bibir. Aku mengerutkan kening melihat reaksi dia. Apahal pula dia nak senyum-senyum ni?

Aku serius ah! Tak nampak ke muka garang aku ni?

"Kau risaukan Arryan heh?" Terjegil biji mata aku mendengar usikan Hilman. Cengkaman dilepaskan. Aku mencekak pinggang pula.

"Aku perlukan maklumat ni sebab nak buat laporan! Bagitahu jelah cepat!"

"Ish, kau ni! Kau fikir aku ni best friend forever dengan si Arryan tu ke sampai nak kena tahu zaman silam dia? Dah lah! Kau ni buang masa je!" Pintu kereta dibuka lantas Hilman memboloskan diri ke dalam kereta.

Aiseh, Hilman pun tak tahu ke? Ala, kena tunggu jawapan Arryan lah ni? Lama lagilah jawabnya. Tunggu jelah, Ayana.

Kaki berjalan ke arah pintu tempat duduk penumpang di sebelah Hilman.

Masuk sahaja dalam kereta aku meraba-raba kocek aku. Mencari sesuatu. Hilman sudah pun keluar dari kawasan tempat parkir kereta. Aku pula sibuk mencari telefon bimbit aku.

Dalam beg juga dicari aku. Tiada langsung tanda-tanda kelibat Iphone X itu. Aku dah mula kalut. Mana pula perginya telefon aku ni? Dah lah banyak maklumat penting dalam tu. Huaaa, janganlah begini!

Tiba-tiba teringat satu benda. Dalam pejabat Arryan tadi, aku tinggalkan telefon tu atas meja dia!

"MAN!!! STOP!!"

"Hoi! Apahal ni?!" Hilman brek mengejut serta-merta. Akibat tidak menyangka dengan brek mengejut itu, aku tidak sempat seimbangkan diri dan akhirnya kepala aku terhantuk di dashboard kereta.

Dum!

"Go Ayana! Steady!!" Terdengar pelbagai sorakan semangat buat aku. Maka dengan itu, kaki aku diluaskan lagi langkahnya.

Lagi satu padang Ayana. Kau boleh.

"Lagi sikit Ayana!!" Kali ini suara garau pula aku terima. Biasanya suara garau yang sorak untuk aku akan tidak diambil kesah. Tapi entah kenapa aku seperti tertarik untuk melihat gerangan siapa suara ini.

"Ayana!! Laju lagi!!" Siapa dia ni? Nak tengok sikitlah muka dia. Sampai sahaja di selekoh, aku menoleh kepala ke sisi sedikit untuk melihat siapa gerangan lelaki itu.

Nasib tidak menyebelahi aku apabila kaki tersalah langkah dan akhirnya terjelepuk aku di situ. Orang ramai mula kecoh melihat aku yang jatuh tiba-tiba. Dengan itu, seorang demi seorang berlari melepasi aku.

Dari lirikan mata aku dapat mengesan seseorang sedang mendekati tepi trek. Seorang lelaki.

Dia sedang mencangkung di tepi trek. Menyokong aku dari tepi dengan menjerit lantang. "Ayana! Wake up! Dont give up! You must stay at first place!!" Jeritannya bagaikan suntikan semangat baru buat aku.

Aku mengangkat wajah ke depan. Semua atlet yang lain, telah berlari melepasi aku. Oh, nampak saja aku kemalangan semua atlet ambil kesempatan ya?

Deep In My HeartWhere stories live. Discover now