"Macam mana korang buat kerja ni?! Setakat Chris dengan member dia yang entah siapa-siapa itu turun padang, korang tak boleh nak uruskan? Aku nak korang tengok CCTV sekeliling stadium itu! Cari siapa orang yang tembak Arryan."
"Baik, Inspektor Ayana"
"Sarjan Irfan, tolong kesan lokasi terakhir motosikal yang Chris naik semalam" aku meletakkan sekeping kertas yang tertulis nombor plat motosikal Food Panda yang dicuri Chris di atas mejanya.
Sarjan Irfan menggangguk sekilas sebelum menghadap kembali komputer ribanya. Aku meliarkan pandangan ke sekeliling pejabat. Semua anak buah aku sudah mula melakukan kerja masing-masing.
Memang aku marah sangat sekarang dengan mereka. Semalam bukan main lagi atur strategi untuk memerhati segenap ruang stadium itu. Tapi mereka langsung tidak nampak bayang Chris dan seorang lagi lelaki pecah masuk ke dalam stadium. Macam mana entah boleh terlepas dua ekor tu. Kawalan ketat kut!
Kalau tidak aku perasan di pintu masuk stadium sebelum lari, tak tahulah apa jadi nanti.
"Ayana?" Suara dibelakang menegur. Aku berpaling. Hilman sedang memeluk tubuh memandang aku.
"Apahal kau dekat sini?"soalnya sambil menapak ke sebelah aku. Wajah Hilman ditenung aku. Kenapa macam serabut je muka kawan aku seorang ni?
"Nak jumpa budak-budak. Kau tu, okey tak? Macam orang gian dadah je aku tengok... Aduh!" Kepala yang dipukul aku gosok perlahan. Dah lah dia ketuk guna fail keras. Sakit woo!
Aku fikirkan sakit yang biasa-biasa saja. Tetapi sakit itu semakin mencucuk ke akar kepala lantas membuatkan lututku lembik. Aku jatuh terduduk ke lantai. Lutut dibawa rapat ke dada dan tangan memegang kepala. Mengerekot sambil mencengkam kepala.
Sakit kepala itu datang. Setelah berbulan-bulan tidak menyerang aku. Kali ini dengan sakit yang semakin mencengkam. Kenapa? Kenapa mesti sekarang?
"Arghhhh sakit!!" Raungku dengan tangisan yang hampir terburai tetapi Hilman hanya memerhati dengan senyum sengetnya.
"Kau jangan main-mainlah. Aku pukul sikit je. Kau fikir aku akan terpedaya? Tapi kenapa macam real hah sakit kau?"
Bertuah punya member! Dia dok tercongok dekat situ lagi?!
"Man.. sakit, Man.." mendayu-dayu suara aku meminta pertolongan. Anak buah aku yang lain pun sama saja macam dia! Nampak sangat ikut perangai ketiak Inspektor Hilman!
"Wei.. Kau sakit betul ke wei? Dah dah lah tu. Aku dah seriau ni. Ya allah, Ayana!" Hilman terus meluru kepada aku yang sedang mengetuk kepala sendiri ke lantai. Itu saja cara yang dapat aku fikir untuk hilangkan sakit kepala ini.
Allah... Hilman menarik aku pantas untuk memberhentikan perbuatan gila aku. Kepalaku di atas ribanya.
"Ayana kau kenapa?! Nak mati ke apa?!"
Ya memang nak mati pun! Hilman menggoncangkan bahu aku supaya mataku memberi perhatian kepadanya tetapi bukan itu yang penting sekarang.
Kepala aku.
Sakit yang amat.
"Sakit..." akhirnya air mata aku menitis juga. Tangan mencengkam tudung yang tersarung. Kalau kuku aku tajam mesti sudah tercucuk masuk ke dalam akar kepalaku. Tapi...
Memang itu yang aku nak buat sekarang!
"Puan Ayana... bawa mengucap." Seorang anak buah membantu untuk menenangkan aku. Seperti yang dikatakan, aku mengikut.
Ya allah, hilangkanlah sakit ini. Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah.
Perlahan-lahan sakit dikepalaku menghilang. Cengkaman dikepala juga sudah aku lepaskan. Tangan aku jatuh longlai ke bawah.
YOU ARE READING
Deep In My Heart
Action[First Story] Aku, Inspektor Ayana Zulaikha. Secara rasminya akan terlibat dalam operasi undercover bodyguard. Bodyguard? Aku tak kisah jadi apa pun tapi masalahnya kenapa mesti dia? Kenapa mesti dia yang menjadi majikan aku? "She don't know me? W...