Bab 4

3.4K 240 11
                                    

Nafas berat aku hembus sekali. Kaki panjang yang terlunjur di bawah meja masih diperhati dengan riak kosong.

Tiba-tiba rindu pula mahu berlari di atas trek.
Mendengar sokongan demi sokongan daripada semua rakan atletku. Paling nyaring, tentulah suara Bella, si isteri kesayangan Hilman.

Fuh, dia tu harap badan kecil tapi suara lantang sekali! Disebabkan tubuh badan yang kecil itulah, dia dapat melompat dengan jauh. Ya, Bella juga atlet sepertiku.

Dia ialah atlet lompat jauh manakala aku atlet lari jarak jauh. Kelebihan kami diiktiraf sehingga ke peringkat kebangsaan ketika berumur 13 tahun sampailah 17 tahun. Lima tahun di sekolah menengah, sama-sama wakil negeri.

Bella berjaya di tempat ketiga manakala aku johan dalam ketiga-tiga acara yang disertai.

Disebabkan pencapaian aku yang cemerlang, akhirnya aku direkrut sebagai atlet negara. Dan siapa sangka? Seawal umur 18 tahun, aku berjaya memecah rekod Asia Tenggara dalam semua acara yang disertai.

Di peringkat Asia pula aku berjaya menamatkannya di tempat ketiga dalam acara 400 meter dan 800 meter. Alhamdulillah, bersyukur sangat kerana memori tentang pencapaian aku yang satu itu sudah kembali.

Kalau tak? Setiap kali orang ramai menggelarku Olahragawati Malaysia, pasti reaksi bingung saja terpancar di wajahku. Clueless.

Ya, Olahragawati Malaysia. Itulah gelaranku.
Dululah. Sekarang sudah bertukar Inspektor Ayana. Orang ramai tidak tahu yang aku sudah berpangkat Inspektor.

Bagi mereka, Ayana Zulaikha si Olahragawati Malaysia telah menghilangkan diri beberapa tahun lalu. Aku tidak pasti tahun bila, aku mengambil keputusan untuk berhenti menjadi atlet negara. Semua ni pun aku tahu sebab Abang Ayden yang cerita.

Disebabkan itu, setiap kali keluar aku sentiasa memakai topi dan penutup mulut. Melindungi wajah sendiri daripada dikenal pasti orang ramai.

"Ayana, kau dengar tak ni?" Hilman menyiku lembut perut aku. Wajah diangkat sedikit. Kening pula diangkat sebelah. Menyoal Hilman dalam diam supaya mengulangi soalannya.

"Kau dengar tak apa yang kitorang bincangkan ni?" Hilman mengulang semula soalannya. Laju saja kepala aku menggangguk.

Beberapa saat diam, mereka berdua kembali membincangkan hala tuju kes Empayar Alexander ini. Sekali lagi, keluhan berat terlepas.

Daripada dengar semua itu, baik kita menikmati pemandangan di depan. Hah, bukan si raksasa hijau ni tau!

Oh ya. Aku kenalkan korang nickname yang kacak lagi sempurna sesuai untuk orangnya. Raksasa hijau buat Arryan Alexander!

Kenapa hijau? Yalah, sumpah-sumpah kan warna hijau. Perangainya pun berubah-ubah seperti sumpah-sumpah. Pandai kan aku pilih?

Tahu dah. Siapa nak nickname boleh inform aku. Dengan berbesar hati, aku membantu.

Okeylah, walaupun Arryan Alexander ni kacak tahap dewa tetapi perangainya sangat tidak kacak. Macam yang aku cakap tadi.

"Raksasa hijau" gumamku perlahan. Hujung bibir menyenget sikit. Terasa jengkel apabila teringat kejadian pagi tadi.

"Hah? Apa kau cakap tadi?" Hilman menyampuk. Aish, Hilman ni sibuklah! Dengar jelah penerangan Arryan tu. Nanti aku boleh minta dia terangkan balik semasa dalam perjalanan pulang. Hehe

"Ish, tak ada apalah!" Jelingan maut dihadiahkan kepada Hilman sebelum kembali tegak merenung ke depan.

Menghadap alam sekitar. Inilah yang aku maksudkan pemandangan tadi. Di belakang Arryan, ada cermin lutsinar yang membolehkan orang di dalam pejabat ini melihat suasana dunia di luar sana.

Deep In My HeartWhere stories live. Discover now