Gol lagi. Lagi. Dan lagi.
Setiap kali aku membuat lontaran, pasti akan masuk. Tak tahu lah sama ada aku memang hebat atau ada something yang kawal bola tu. Tapi satu fakta kenapa bola itu asyik masuk gawang gol saja ialah kerana..
Aku sedang bersedih sekarang.
Ya, inilah aku. Setiap kali bersedih atau ada masalah pasti akan berada di sini. Ini lah tempat aku melempiaskan segala kemarahan, kesedihan, kegundahan dan banyak lagi.
Sebab itu tak kira berapa banyak kali mereka menghalang aku jejakkan kaki ke gelanggang bola keranjang ini, aku takkan dengar. Malah, tak pernah dengar.
Kerana gelanggang ini adalah segalanya bagi aku. Banyak menyimpan kenangan manis. Mungkin juga kenangan bersama Luthfi itu di sini? Entahlah, aku tak rasa lelaki bernama Luthfi itu orang jahat.
Atau dalam erti kata lain.. musuh? Tatkala aku menyebut namanya, terasa dekat di hati. Sangat dekat. Degupan jantung pun automatik berdegup pantas. Aku dapat rasa lelaki bernama Luthfi ini orang yang...
Penting. Buat aku.
Walaupun dalam jeritan aku itu, ada nada terseksa ketika memanggil nama Luthfi. Apakah yang Luthfi telah lakukan kepada aku? Adakah terlalu kejam? Kenapa dia buat begitu kepada aku? Dan yang penting, ke mana Luthfi itu menghilangkan diri? Kenapa dia tidak munculkan diri depan aku?
Tiba-tiba rasa tak puas hati dengan diri sendiri yang hanya mengingati suara sendiri. Kenapa tak bagi aku ingat suara Luthfi?! Kenapa tak tunjuk wajah Luthfi?!
Mulalah otak nak buat kerja gila. Sudah lama juga aku tak memaksa otak aku mengingati sesuatu. Jadi, inilah masanya!
Maka dengan itu, aku cuba memaksa otak aku. Ingatlah otak! Siapa Luthfi itu?! Siapa dia kepada kau?! Adakah dia orang baik? Jahat? Kejam seperti yang dijeritkan aku?
Setelah beberapa minit berhempas pulas...
"Arghhh!!" Macam biasa. Sakit kepala itu muncul. Aku memang sudah tidak peduli akan sakit ini. Lantak lah nak sakit apa pun! Fikir aku kisah?
Aku melutut di lantai. Tertunduk lemah. Ambil masa beberapa minit juga nak tunggu sakit kepala itu reda.
Setelah sakit itu hanya tinggal sisa-sisa saja, aku kepal penumbuk. Kemudian...
Buk!
Lantai gelanggang ditumbuk kuat sambil menjerit nyaring. Aku tak tahu kenapa aku bertindak sedemikian, tetapi aku rasa sakit hati dengan diri sendiri.
"Argh!! Kenapa?! Kenapa aku tak boleh ingat dia?!"
Walaupun penumbuk mula terasa berdenyut-denyut tetapi aku biarkan. Persetankan sakit di tangan kalau dah sakit di hati lagi pedih!
Aku bagaikan dirasuk hantu! Tumbuk lantai sambil menjerit-jerit.
Seakan baru tersedar lantai yang tiba-tiba ada titisan darah, aku menghentikan tumbukan. Penumbuk dibawa ke depan mata.
Sampai berdarah-darah tangan aku menumbuk lantai gelanggang itu. Ya allah! Apa aku buat ni? Aku hampir mencederakan diri sendiri! Eh aku sudah pun mencederakan diri sendiri!
Mengucap banyak kali aku melihat titisan darah sendiri menitik di atas gelanggang. Tangan kiri meraup wajah kusut aku.
Daripada buat benda tak elok macam ni baik aku berlatih dan buktikan kepada Arryan yang aku boleh menangani trauma aku. Aku boleh berlawan.
Aku masih punya harapan.
Kaki perlahan-lahan berdiri tegak. Mata memandang ke depan tanpa riak. Inilah masanya kau tunjuk kepada semua orang yang kau kuat, Ayana! Kau kental!
YOU ARE READING
Deep In My Heart
Action[First Story] Aku, Inspektor Ayana Zulaikha. Secara rasminya akan terlibat dalam operasi undercover bodyguard. Bodyguard? Aku tak kisah jadi apa pun tapi masalahnya kenapa mesti dia? Kenapa mesti dia yang menjadi majikan aku? "She don't know me? W...