Siulan aku terhenti serta-merta. Jatuh rahang aku melihat adegan di depan mata sekarang. Tak menunggu lama, terus aku bawa tubuh di sebalik semak berdekatan. Menyorokkan diri.
Sesekali kepala terdongak sedikit untuk melihat keadaan. Mereka masih di sana.
Siapa mereka? Entah aku tidak tahu. Rata-rata semuanya berpakaian hitam dan bertopeng hitam. Adalah dalam berbelas-belas orang. Nasib muka je tak hitam. Kalau tak haru jadinya nanti.
Apa yang sedang mereka lakukan?
Bergusti? Mempertahankan diri? Ah, tak kisahlah! Yang pasti mereka sedang berlawan di tengah-tengah gelanggang bola keranjang aku!
Tetapi tunggu sekejap. Ada benda yang mencurigakan. Sedikit demi sedikit aku mengecilkan mata. Namun sepantas kilat ia membulat kembali.
Ada seseorang berpakaian tshirt biru cair!
Melihat situasi sekarang, aku rasa mereka yang berpakaian hitam sedang menyerang lelaki berpakaian biru cair itu. Eh tunggu...
"Ar..Arryan?!"
Nama lelaki yang paling aku meluat terluah dari bibir munggilku. Bukan angau ya tetapi lelaki itu betul-betul di hadapan aku sekarang.
Dialah lelaki yang berpakaian tshirt biru cair itu! Apa dia buat dekat sini? Dan.. dia kena serang? Dengan siapa?
Mata masih tajam melihat jejaka itu yang sedang terbang, menerajang, melompat, menumbuk dan menyerang habis-habisan. Semua gerakannya tangkas sekali.
Namun, hanya untuk seketika. Gerakan tangkas Arryan semakin lama semakin perlahan. Lawannya juga apabila sudah tumpas, pasti akan bangkit semula menentangnya.
Perasaan kasihan menyelinap masuk ke dalam diri. Patutkah aku menolong dia? Aduh...
Bibir digigit. Tangan pula menguis-nguis tanah. Melihat saja Arryan yang tiba-tiba saja terduduk, tubuh aku automatik terbangun sedikit. Risau sesuatu buruk berlaku kepadanya.
Tetapi Arryan masih lagi berlawan. Namun untuk menyerang, dia tidak mampu. Justeru, lelaki itu hanya mampu bertahan. Ada serangan yang berjaya dielak, ada serangan yang sempat mendarat di wajah kacaknya.
"Alamak.. macam mana ni.."
Aku masih lagi ragu-ragu dengan keputusan sendiri. Risiko amat besar ya apabila aku membuat keputusan untuk menolongnya. Kenapa? Sebab Alexander.
Automatik aku akan terjerumus ke dalam kehidupan gelap Alexander. Diserang. Dihendap. Diburu. Kerana apa?
Aku menolong satu-satunya pewaris Empayar Alexander. Tapi kalau aku tidak menolongnya, esok pasti akan diadakan majlis tahlil arwah di pejabat!
"Argh, biarlah!" Dalam masa beberapa saat, otak membuat keputusan. Tubuh bangkit perlahan-lahan. Penumbuk dikepal. Dapat aku rasakan tubuhku sedang menggeletar hebat.
"Don't. Touch. Him" keras amaran yang berbunyi. Serentak dengan itu, semua orang di gelanggang tersebut menghentikan pergerakan masing-masing. Kepala pula menoleh ke arah aku yang sedang berdiri tegak.
Termasuk Arryan.
Dahi lelaki itu berkerut seribu. Mungkin tidak mengecam aku yang bertopi. Hujung bibir terjongket sedikit.
"Siapa kau?!" Seorang lelaki berbaju hitam menyoal kasar.
"Aku? Huh. Sepatutnya aku yang tanya. Siapa kau?" Kaki menapak keluar dari kawasan semak. Berjalan masuk ke gelanggang. Langsung tidak pedulikan pandangan asing orang sekeliling.
Lelaki itu menyeringai. "Aku tanya kau siapa sekarang ni?!!" Tengkingnya kasar.
"Wait..wait. This voice.. oh my. That can't be you, Ayana?!" Sangkaku, Arryan bercakap seorang diri tetapi disebabkan suasana yang senyap-sunyi membuatkan kami semua di gelanggang ini dapat mendengar monolognya.
YOU ARE READING
Deep In My Heart
Action[First Story] Aku, Inspektor Ayana Zulaikha. Secara rasminya akan terlibat dalam operasi undercover bodyguard. Bodyguard? Aku tak kisah jadi apa pun tapi masalahnya kenapa mesti dia? Kenapa mesti dia yang menjadi majikan aku? "She don't know me? W...