Sembilan tahun lepas...
"Eomma!!" Mata terbeliak luas. Badan duduk sembilan puluh darjah. Dada turun naik ganas. Kemudian mata aku meliarkan ke sekeliling. Hospital?
Macam mana aku boleh ada di sini? Otak berhempas-pulas cuba mengingati kejadian semalam.
Oh, ya! Aku selamatkan seorang lelaki malam tadi. Apa jadi dekat dia ek? Bukan sepatutnya dia kena tahan wad ke? Kenapa aku pula kena tahan ni?
Eh, aku pengsan lah. Aduh, inilah bahananya apabila lari dalam hujan. Antibodi aku memang lemah teruk!
Bersyukur Ayana. Bersyukur kau hidup lagi.
Tak semena-mena, mimpi ngeri yang dialami aku tadi terlintas di fikiran. Aku bermimpi eomma..
Tidak! Itu cuma mimpi. Mainan tidur. Dan untuk memastikan mimpi tadi mainan tidur atau pun tidak, kita perlu periksa sendiri.
Aku menyelak selimut yang membaluti diri. Kaki laju berlari meninggalkan perkarangan hospital. Sambil itu aku sempat melirik jam ditangan.
5:45 petang?! Uish, lamanya aku pengsan? Dari malam tadi sampai ke petang hari ini?
Tiba-tiba otak teringat akan seseorang. Tak semena-mena, langkah kaki aku terhenti.
Lelaki semalam.
Aku nak berjumpa dengan dia tetapi... macam mana?
"Ke tepi! Ada kecemasan!" Tubuhku ditolak kasar oleh beberapa nurse. Kemudian, muncul seorang pesakit di atas katil dan dikeliling doktor yang lain.
Macam dah nazak je tu. Harap-harap awak selamat wahai pesakit. Amin!
Baiklah, kita kembali ke topik yang asal. Lelaki itu. Aku teringin sangat nak jumpa dia! Hati ini bagai tertarik hendak mengenali dia.
Mana tahu... dia jodoh aku ke?
Puih! Berangan je lebih! Kau baru tujuh belas tahun lah Ayana. Macam mana nak jumpa jodoh?
Tapi siapa tahu? Jodoh itu di tangan tuhan. Dia yang menentukan segalanya.
Ahh! Apa aku ni? Umur mentah lagi fikir tentang jodoh.
"Nanti-nantilah datang sini. Lepas aku tengok eomma, aku datang balik" monologku sebelum menyambung larian yang tergendala.
Aku terus keluar dari perkarangan hospital. Lagi beberapa minit mahu sampai ke destinasi, aku dapat melihat suasana kacau-bilau di tengah jalan raya sana. Kemalangan!
Sebuah lori besar melanggar sebatang pokok. Wow, teruk juga keadaan lori tu. Kemek habis bahagian depan. Paling mengejutkan, beberapa meter dari tempat kejadian ada setompok darah di tengah-tengah jalan.
Dan aku rasa lori itu telah melanggar seseorang sebelum terbabas melanggar sebatang pokok di tepi jalan.
"Wah! Ada gaya polislah!" Aku menjerit memuji diri sendiri. Gaya bagi hipotesis macam dah boleh jadi pegawai polis!
Atlet tu atlet jelah Ayana. Tak payah lebih-lebih.
Aku meneruskan perjalanan ke rumah. Sampai saja di depan pintu pagar rumah agamku, salam diberi.
"Assalamualaikum! Eomma! Ayren! Yana dah balik ni!" Laungku lantang. Namun, tiada balasan yang diterima.
Aik? Mana semua orang pergi? Kunci pagar ditarik sebelum menolak pagar. Sampai sahaja di depan pintu kayu, tangan aku mengetuknya sekuat hati.
"Assalamualaikum! Do you want a built a snowman? Come on let's gonna play! I never see you anymore... Hah! Buka pun.." Selepas pintu dikuak dari dalam baru selangkah menjejakkan kaki ke lantai aku terdiam tidak berganjak.
YOU ARE READING
Deep In My Heart
Action[First Story] Aku, Inspektor Ayana Zulaikha. Secara rasminya akan terlibat dalam operasi undercover bodyguard. Bodyguard? Aku tak kisah jadi apa pun tapi masalahnya kenapa mesti dia? Kenapa mesti dia yang menjadi majikan aku? "She don't know me? W...