Bab 2

3.7K 247 41
                                    

Tiga tahun kemudian...

Fail kes yang baru diambil satu jam lepas langsung tidak disentuh. Otak sedang ligat berfikir sesuatu. Sesuatu yang tidak mungkin akan kembali semula.

Memori aku.

Kenapa aku cakap tidak mungkin akan kembali sedangkan aku masih punya harapan untuk mengingatinya? Kerana..

"Arghhh!!"

Inilah sebabnya. Setiap kali aku cuba mengingati apa yang berlaku tiga tahun lepas, pasti sakit kepala yang datang. Kerana aku terlalu memaksa otak sendiri untuk mengingati memori yang tiada. Yang musnah. Yang..

Tidak wujud.

Seketika kemudian, sakit itu hilang sendiri. Langsung, membuatkan aku fobia untuk memaksa otak sendiri. Jadinya aku berputus asa. Biarlah. Kalau nak kembali, kembalilah wahai memori. Kalau tak nak..

Aku paksa otak aku ingat lain kali.

Dum!

"Woi, apa ni hentak-hentak?!" Tempelakku kepada jejaka yang menghentak meja aku kuat-kuat. Datang tak bagi salam!

"Kalau stress pasal kerja pun tak payah luah dekat satu balai" serentak aku meliarkan pandangan ke sekeliling.

Oh, aku jerit kuat sangat ke tadi? Sampai semua orang dalam pejabat ini pandang aku semacam. Hehe.

"Sorry" aku mengangkat tangan tanda meminta maaf. Kemudian, pandangan dialihkan pada Hilman yang sudah melabuhkan duduk di hadapan aku.

"Hah, kau nak apa ni?"

"Ceh, nak tengok girlfriend sendiri pun salah"

Girlfriend kaki dialah. Aku wrestling kang baru tak nak mengaku girlfriend. "Ingat sikit Bella dekat hospital tu"

"Alah, dia tak ada dekat sini. Kau yang ada depan aku, ingat kau jelah"

"Kepala otak lu" kepala Hilman ditunjal aku.

"Wei! Apa ni main kepala?!" Jerit Hilman berbaur tidak puas hati.

"Otak kau tak betul, memang layak kena tunjal. Daripada aku ketuk guna fail ni?" Fail kes yang sedari tadi tidak disentuh akhirnya diambil.

Kalau ketuk kepala Hilman ni mahu benjol seminggu. Peh, sedap woo. Siapa suruh mengarut? Kalau Bella si isteri kesayangan dia dengar, lagi teruk dia tunjal kepala Hilman agaknya.

Ya, Bella yang disebutkan tadi isteri Hilman. Merangkap kawan baik aku juga. Kami bertiga ni geng dari sekolah rendah! Hilman ni jelah dari tadika aku hadap dia. Dari tadika, sekolah rendah, menengah, universiti sehingga kerja!

Mana tak bosan? Sampai naik muak aku tengok baby face dia. Huh.

"Kes baru ke kak?"

Aku menjeling Hilman. Fail dibuka dan terpampang maklumat-maklumat yang diperlukan.

"Empayar Alexander?"

"Alexander?! Wah, kau ke ganti tempat aku? Memang nasib badanlah kau. Pendeklah jangka hayat kau lepas ni! Aduh!" Hilman menggosok-gosok lengan yang dicubit aku. Muka berkerut menahan sakit.

Ada ke patut dia cakap jangka hayat aku pendek? Sampai hati dia doa aku mati cepat. Isk isk.

Tapi sebab tu ke dia tak mampu nak uruskan kes ni? Sedap dia je suruh pegawai lain gantikan tempat dia. Sudahlah aku yang jadi mangsa! Urghh.

"Kau ni memang tak guna. Patutlah minta orang lain siasat kes ni. Kau sengaja nak aku mati cepat kan?" Tangan membuat gaya mahu memukul Hilman lagi tetapi Hilman mengelak.

Deep In My HeartWhere stories live. Discover now