Bab 19

2.2K 198 8
                                    

Setiap sudut kawasan itu diperhati dengan penuh ketelitian. Dahi berkerut tegas tatkala menjatuhkan arahan kepada anak-anak buah. Leher juga dari tadi tidak berhenti menegang.

Semakin aku jumpa bukti demi bukti di dalam markas palsu ini, semakin aku bengang dengan dia. Siapa lagi kalau bukan Kelam?!

Arghh! Lelaki itu! Sama saja rumitnya seperti Arryan! Eh, kenapa aku samakan penjenayah yang dikehendaki itu dengan pewaris empayar yang poyo itu?

Semestinya mereka berbeza!

"I like this view"

Automatik, kepala menoleh ke arah empunya suara itu. Arryan yang sedang bersandar di dinding sambil berpeluk tubuh. Bibirnya pula menguntum senyum tipis.

Ya, Arryan juga menjejakkan kaki ke markas palsu Kelam ini. Dia yang sibuk sangat nak ikut. Katanya aku bodyguard dia, jadi aku kena selalu ada di sisi dia.

Alasan tak munasabah langsung! Aku ni undercover jelah! Namun, beribu-ribu kali ulang benda yang sama pun Arryan tetap tidak peduli.

Dia masih anggap aku sebagai pekerja sebenarnya. Alahai, mahu saja tangan ini menampar wajah kacaknya itu. Tetapi aku masih ada akal kewarasan.

Buatnya pewaris Empayar Alexander itu saman aku nanti macam mana? Woo, tak sanggup woo. Menangis tak berlagu aku nanti.

"Apa?" acuh tidak acuh aku menyoalnya.

"Your inspector vibes. Elegant. You look stunning and charming. I like that" Arryan menerangkan maksud 'i like this view' dia tadi. Aku hanya diam tidak bereaksi.

Hanya merenung dia dengan pandangan kosong. Memang tak ada mood nak berpuji-pujian sekarang. Banyak lagi benda berfaedah yang boleh dibuat daripada layan mamat sumpah-sumpah ni.

Kepala tergeleng perlahan sebelum melangkah meninggalkan Arryan seorang diri. "Woah, that glare! Sexy!" tersirap darah menggelegak ke wajahku apabila muncul tiba-tiba Arryan di sisi.

Kaki tidak jadi melangkah. Nafas aku tarik dalam-dalam sebelum menghembusnya tenang. Kepala menoleh. "Can you please stay away from me? Saya ada banyak kerja nak kena buat. Lucas, jaga bos hijau awak ni!" teriak aku kepada Lucas di sana.

Cuba jadi macam Lucas tu? Elok saja berdiri tercongok di luar bangunan. Ini tidak. Tanya itu ini. Terkinja sana terkinja sini. Eh aku tak adalah samakan terkinja Arryan dengan terkinja kera tu!

Alah, dah dia asyik kacau aku je mana aku tak anggap dia terkinja-kinja?

Dan peliknya Arryan ini, tadi dekat pejabat bukan main serius tak ada mood. Sampai sini terus sengih-sengih macam sedang menonton Maharaja Lawak Mega. Entah apa yang membuatkan dia gembira sangat. Sebab dapat tengok aku bekerja ke?

Perhatian aku kembali tertumpu kepada barang-barang di dalam markas ini. Senjata-senjata yang tersusun elok di rak kayu. Kemas sekali susunannya. Sempatlah kagum sekejap.

Sekejap jelah sekejap. Buat apa kagum dengan penjenayah?

Sedang tangan meraba-raba dinding, tiba-tiba aku dapat rasakan sesuatu tidak kena. Tangan berhenti bergerak.

"Sarjan! Bilik apa ni?" aku menolak pintu yang nampak seperti dinding. Macam bilik rahsia. Sarjan Irfan yang diseru, datang mendekati aku.

"Eh, bilik ni macam tak jumpa lagi. Jadi belum diperiksa!" ujar Sarjan Irfan. Aku mengganggukkan kepala.

"Awak tunggu sini. Saya masuk" dia mengangguk pantas. Pistol yang tersisip di dalam poket, aku keluarkan. Bersiap sedia kalau-kalau ada serangan yang tidak dijangka.

Deep In My HeartWhere stories live. Discover now