"Man..." suara terasa tersekat di celah-celah kerongkong. Perlahan, tubuh yang terbaring di atas katil hospital itu didekati.
Kerusi di sisi katil aku tarik, sebelum melabuhkan punggung di situ. Wajah Hilman aku tatap dengan pandangan sedih.
"Man.. aku minta maaf"
Terucap juga kata-kata maaf. Setelah sekian lama aku memendam. Dua hari. Hilman mengerlipkan mata sebagai balasan. Mata bundarnya tetap merenung aku.
"Tak ada apalah. Sikit je ni" dia cuba untuk mengubah posisi baring kepada duduk. Dengan pantas aku membantunya.
Kasihan melihat dia struggle, padahal nak duduk je pun. Hilman tersenyum nipis selepas berjaya duduk dengan bantuanku.
"Bukan salah kau. Aku yang tak elak, padahal dah nampak dia nak tembak aku"
Aku mengeluh mendengar penjelasan Hilman. Memanglah, bukan salah aku yang itu. Tapi salah aku yang tak halang kau masuk dalam kedai tu!
"Kau jangan cakap salah kau sebab tak halang aku masuk. Dah lah Yana. Kalau kau halang aku pun, aku tetap masuk. Aku buat semua ni sebab nak lindungi kau.."
Bagai membaca fikiranku, Hilman terlebih dahulu memberi pandangan. Eii, dia ni memang tau!
"Tapi.."
"Tak ada tapi-tapi. Semua ni bukan salah kau. Aku sendiri yang nak masuk dalam kedai tu. Lagi pun aku ada je ni. Masih bernyawa" sambungnya lagi.
Ya ya. Aku tahulah kau hidup lagi. Tapi kau banyak hilang darah! Semua sebab orang sekeliling tidak berani nak masuk ke dalam kedai gelap itu. Nasib baik seorang lelaki sempat buat panggilan kecemasan kalau tak? Mati hilang darah lah kau, Man.
"Aku..." bibir diketap-ketap menahan seribu satu perasaan. Semuanya bercampur dalam hati sampailah menitik setitik air mata aku. Hailah, cengeng betul bila dengan Hilman ni!
"Hei! Janganlah nangis! Nanti Arryan fikir apa pulak?!" Hilman menepuk bahu aku kuat. Sakitlah... tapi apa dia cakap tadi?
"Kenapa Arryan?" Dapat aku rasakan kening aku bertaut rapat. Keanehan.
"Dia ada tu dekat luar tengah perhati kita" tuturnya lagi.
Semakin berkerut kening aku. Air mata yang menitis di pipi dikesat sebelum membuang pandang ke pintu wad. Kelihatan sepasang kaki sedang berdiri di sebalik pintu tersebut.
Ceh, dia skodeng kami? Bengap punya Arryan.
"Biar je lah dia" aku berpaling ke Hilman semula. Dia dah senyum lain macam. Hah, mulalah tu nak mengarut. Tak padan baru lepas kena tembak, sama je perangai.
"Kau tak tahu ke?" Soal dia tiba-tiba.
"Tak" jawabku pendek sambil tangan laju mengambil buah anggur di atas almari sebelah katil. Kemudian, terbang masuk ke dalam mulut.
Hurmm.. sedap!
Biji anggur seterusnya diambil dan aku melakukan perkara serupa. Seronoknya, ada orang bagi buah! Sepanjang dua hari aku duduk di hospital, tak ada sesiapa pun yang melawat aku melainkan Si Sombong Lucas.
Tapi siapa saja yang hendak melawat aku? Ahli keluarga aku pun tidak tahu tentang keadaan aku sekarang. Walaupun sudah dua hari aku tidak pulang ke rumah.
Kerja polis ni tak tentu masa. Kalau seminggu aku tak balik rumah tanpa khabar berita pun mereka tak pelik! Bagi ahli keluarga aku, Ayana Zulaikha sedang 'bekerja'.
YOU ARE READING
Deep In My Heart
Action[First Story] Aku, Inspektor Ayana Zulaikha. Secara rasminya akan terlibat dalam operasi undercover bodyguard. Bodyguard? Aku tak kisah jadi apa pun tapi masalahnya kenapa mesti dia? Kenapa mesti dia yang menjadi majikan aku? "She don't know me? W...