Bab 69

2.1K 197 33
                                    

"Pergi lah tidur sana. Sibuk tenung kita buat kerja ni kenapa?" Arryan akhirnya bersuara setelah agak lama aku memerhatikan dia yang sedang menghadap Macbook di riba.

Dengan memakai cermin mata lagi. Baju tidur. Rambut tersisip ke belakang. Kau orang rasa apa?

Seksi! Yes, exactly! Jarang-jarang dapat peluang tengok suami sendiri buat kerja, bila lagi kan? Ini aje lah masanya.

"Tak nak."

"Aku lama lagi ni, Ayana. Kau tidur lah dulu."

"Tak nak!"

Arryan menoleh ke arah aku. Macbook dia ditutup dan diletakkan di rak tepi. Cermin matanya pula ditanggal lalu diselitkan di celah kolar pijamanya.

"Awak nak buat apa?" Soal aku berkerut.

"Tidur."

"Tapi kerja awak belum siap."

"Oh, salah cakap. Teman kau tidur." Tanpa membuang masa, dia baring menghadap aku. Tubuh kami dirapatkan. Dan seperti biasa, dia menepuk lembut belakang badan aku. Mendodoi.

Alahai! Dia fikir aku akan termakan dengan dodoian dia? Nanti mesti dia sambung buat kerja balik!

"Saya tak boleh tidur kalau tak tutup lampu." Sekejap sahaja Arryan hilang dan kembali ke katil. Selesai menutup segala sumber cahaya dalam bilik kami.

Aku menjulingkan mata ke atas. Beria!

"Shhhhh! Tidur!" Bila masa aku buat bunyi?

Kami hanya diam dalam tatapan mata sendiri. Walaupun dalam keadaan gelap, aku masih boleh nampak Arryan merenung aku dengan pandangan lunaknya. Penuh dengan kasih sayang dan cinta.

Semakin lama semakin layu mata aku. Ah! Jangan tidur, Ayana! Kau tak boleh kalah dengan dodoian suami kau! Bisik hati aku.

Tiba-tiba Arryan mencium kedua-dua kelopak mata aku. Terjegil biji mata aku. Apa ni? Main tipu! Mesti dia ada jampi apa-apa!

Dalam kegelapan, aku nampak Arryan sengih nakal. Dia fikir cara dodoi dia boleh pakai lagi ke? Seminggu pertama boleh lah. Sekarang dah tak boleh pakai!

Tetapi apa guna? Aku tetap tak boleh kalah dengan kuasa dodoian cinta seorang Arryan. Tak sampai lima minit, mata aku tertutup rapat.

*****

"Eh, adik-adik abang tak bangun lagi ke?!" Setelah meletakkan semua pinggan mangkuk, baru aku perasan ketidakhadiran kembar sepasang Alexander itu.

Arryan yang sedang membancuh air, geleng kepala.

"Pergi lah kejut dia orang. Ayana pun dah lama tak buat kerja tu kan?" Lampu hijau dari Kak Umaira membuatkan aku senyum lebar. Penuh maksud tersirat.

Ya, dah lama sangat aku tak buat kerja part time kejut kembar sepasang tu. Dulu, aku lah yang jadi tukang kejut bangun tidur mereka. Sebab apa? Aku kejut mereka gaya komander perang.

Sebelum ni kalau ahli keluarga lain yang kejut, mereka memang tak bangun. Tapi sejak ada aku, tidak lagi! Setiap kali sarapan pagi hujung minggu, pasti muka Uqaira dan Aqryan akan ada. Haha!

Lagi pun kedatangan aku dan Arryan hari ini agak mengejut. Pagi-pagi lagi dah terpacak kat depan pintu pagar. Maklumlah, lepas subuh je terus bergerak ke sini. Hoho, excited nak bagitahu semua orang bahawa aku sudah pulih.

Deep In My HeartWhere stories live. Discover now